IKLAN

Friday, 2 November 2012

Pemimpin Umno BN Diperhatikan Dan Diekori (Part II) Nazri Pandai Bersilat Tapi Langkahnya Sumbang

Ping site

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah membuat pendedahan terbaru di ruang legar Parlimen bahawa hubungan ahli perniagaan balak Michael Chia dari Sabah dan Nazri Aziz adalah  dalam bentuk kenderaan SUV Hummer hitam yang berharga RM459,000 bernombor WNX 9776 yang dimiliki oleh Chia digunakan oleh Nedim anak sulung Nazri. Chia sebelum ini ditahan oleh ICAC Hongkong (Badan Anti-Rasuah Hongkong) dalam kes rasuah berprofil tinggi melibatkan ketua menteri Sabah.  


Selepas pendedahan tersebut pemberita-pemberita telah ke pejabat Nazri.  Nazri memberitahu jawapan bertulisnya tempoh hari di parlimen adalah datangnya daripada Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Michael Chia telah dibersihkan daripada tuduhan rasuah.

Nazri sambil ketawa apabila ditanya mengenai terdapat sebarang kepentingan peribadi ‘conflict of interest’ berkata apa yang berlaku antara Chia dan anaknya bukan urusan beliau kerana anaknya telah dewasa, “what happens between Chia and my son is none of my business because the latter is already an adult.”

Setrusnya Nazri berkata "Saya bukan gay, Anak lelaki saya bukan isteri saya, anak saya bukan kekasih saya, saya tidak tidur dengannya" ( I'm not gay. My son is not my wife, my son is not my lover, I don't sleep with him).  "Itu adalah antara anak saya dan Michael Chia.. Jika dia mahu beri sebiji Hummer atau Ferrari, itu urusan Michael Chia" (That’s between my son and Michael Chia... If he wants to give a Hummer or Ferrari, that’s Michael Chia’s business).  Sila ikuti temubual pemberita dengan Nazri yang sombong dan ego (klik).


Sama saja jawapan yang diberikan oleh Nazri dengan jawapan Dato Shahrizat berhubung isu NFC bahawa beliau tidak tahu aktiviti  suami dan anak-anaknya.  Nilaikanlah jawapan Nazri Aziz seorang menteri dan yang berkelulusan undang-undang.  Nampak jelas berserabut di kepalanya untuk mencipta dan mencari helah.  Jawab mesti jawab jangan tak jawab.  Maka bersilatlah Nazri dengan berbagai jenis silat, gayanya macam silat pulut.  Maka begitulah rupa jawapan yang termampu dikeluarkan dari mulutnya. 


Memandangkan jawapan yang diberikan di parlimen menampakkan egonya serta tidak memuaskan dan menjadi syak, menyebabkan Sarawak Report dan KEADILAN menjalankan siasatan mereka sendiri.  Terbukti apa yang didakwa oleh Raja Petra Kamruddin – Malaysia Today (RPK) ada kebenarannya.


Nampaknya Nazri memang boleh dan pandai bersilat tetapi sayang semua langkah silatnya terlalu SUMBANG. Biarlah Nazri terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.


No comments:

Post a Comment