Naib
Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (sini) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan
Malaysia dan Berita Harian berhubung isu kebebasan beragama yang
timbul daripada Forum “Islamic State: Which Version? Whose
Responsibility?” di Petaling Jaya minggu lepas.
Semua
mengambil bahagian seorang demi seorang memberi kenyataan mereka. Tambah semangkuk demi semangkuk. Lihat sahaja beberapa kenyatan yang
dilaporkan oleh media pencacai ini. Tan Sri Muhyiddin Yassin ( sini ) dalam satu kenyataannya beliau berkongsi penegasan Sultan Selangor,
Sultan Sharafuddin Idris Shah serta tokoh dan pakar agama menyebut kenyataan itu dibimbangi
bercanggah dengan amalan atau perkara-perkara yang berkaitan akidah.
Banyak
lagi pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan menghentam Nurul Izzah. Cukup
pantas serupa halilintar membelah bumi disambut perkara ini untuk dijadikan isu. Tapi sayang sebelum ini tidak ada pula pihak-pihak yang bersuara menempelak penghinaan Chua Soi Lek terhadap agama
Islam.
Nampaknya ia
lebih hebat daripada kerja Chua Soi Lek. Mengapa
perkara ini disensasikan. Kita harus faham pilihan raya Ke-13
akan mucul pada bila-bila masa sahaja.
Inilah peluang-peluang keemasan untuk menjatuhkan Anwar dan keluarganya
dan gabongan pakatan rakyat. Kita lihat
apakah tindakan-tindakan seterusnya yang dibuat oleh puak-puak ini. Buat sementara ini biarkanlah mereka terjun
dengan labu-labu mereka. BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment