IKLAN

Tuesday 20 November 2012

Ramai Akan Ditangkap Kerana Mendoakan Kehancuran Parti Umno BN

Ping Blog
Maka bersuaralah panglima perang Ketua Wanita Umno Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusoffe membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu berhubung tindakan Pas membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad.  Mereka meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Pas kerana menyifatkan segala kenyataan itu telah mengguris hati bangsa Melayu dan Islam di negara ini.

Laporan polis yang sama juga telah dibuat oleh  Majlis Veteran Umno Kelantan diketuai Pengerusi Biro Ulama Majlis Veteran itu, Mohd Noor Deris (klik) meminta polis mengambil tindakan.

Sebelum pergi jauh, ingin juga kita tahu adakah orang-orang ini membuat laporan polis terhadap Chua Soi Lek yang menghina agama Islam dan hukum hudud?. Kalau mereka tidak terlibat maka tidak perlulah kita bersimpati terhadap kebodohan mereka yang sedang mencari nama bermain politik.  Mereka terlalu banyak mendengar radio dan TV Malaysia (RTM) dan membaca akhbar pencacai Umno, sebab itu mereka tidak dapat duduk berfikir sejenak dengan waras. Mereka lupa, bahawa mereka adalah rakyat Kelantan, walaupun mereka Umno atau Pas telah dizalimi bertahun-tahun oleh kerajaan Umno  BN berhubung hak royalti minyak untuk negeri Kelantan. Kena ingat perkataan dizalimi. Orang-orang yang dizalimi berhak memohon doa kepada Allah supaya membalas di atas kezaliman yang dilakukan terhadap mereka. Maka sembahyang hajat dan berdoa adalah senjata yang terbaik digunakan oleh mereka  yang dizalimi. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menegaskan tindakan membaca doa sedemikian tidak salah dan dibolehkan dalam Islam (klik) .

Mereka tidak meneliti apakah sebenar yang diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz.  Beliau tidak pun berkata bahawa Umno parti murtad, apa yang dinyatakan oleh Nik Aziz ialah sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam),  tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi dizaman ini. Tidak kira siapa pun kalau tok guru berjanggut sekalipun kalau tolak Islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekali pun tak ada mufti bagitau dia". "Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," Itu kata-kata Nik Aziz. (klik) 


Pihak polis yang menerima laporan tersebut, di bawah kanun apakah yang akan menjadi asas siasatan mereka?. Adakah di bawah Akta Hasutan.  Adakah menjadi kesalahan mendoakan kehancuran parti Umno BN yang zalim? Memperkatakan seseorang Islam  yang memperlekeh hukum Islam dan boleh jadi murtad juga menjadi kesalahan?  Jika ini menjadi kesalahan maka akan kita dengar nanti ramai yang kena tangkap apabila mendoakan umno BN hancur.



Kita juga ingin tahu apakah terjadi laporan-laporan polis terhadap Chua Soi Lek yang menghina Islam dibuat oleh Muslimat Tambun Ipoh 22 Jan 2011 (Sungai Senam), Ipoh. AMK Pahang telah di IPD Kuantan pada 22 Oktober. Ngo Jingga 13 Mohd Khairul Zaman Khairan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi  dan laporan  Pemuda Pas Hulu Langat  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang? Tidak ada pula laporan daripada parti Umno terhadap Chua Soi Lek.

No comments:

Post a Comment