1. Semua 523 buah sekolah
Tamil di seluruh negara dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan dan geran
tanah diberikan kepada pihak sekolah menjelang 1 Januari 2013. Di samping itu,
tadika juga akan ditubuhkan di sekolah-sekolah tersebut, kerana kebanyakan
kanak-kanak India buta huruf kerana ibu bapa mereka tidak mampu menghantar
anak-anak untuk pendidikan awal.
2. Terdapat 150,000
kanak-kanak India tanpa kerakyatan yang tidak mempunyai sijil kelahiran, di
samping kira-kira 300,000 ibu bapa yang juga tidak mempunyai kad pengenalan dan
sijil kelahiran. Hindraf mahu mereka ini diberkan sijil kelahiran mereka dan
kad pengenalan.
3. 10,000 tempat disediakan
untuk kaum India di GIATMARA (pusat belia yang dikendalikan oleh kerajaan),
untuk belia dalam masyarakat tersebut mendapat kemahiran.
4. 10,000 tempat disediakan
untuk pelajar India di Universiti Teknologi Mara.
5. 10,000 kaum India diberikan
tanah di pelbagai skim pembangunan tanah persekutuan seperti Felda, Felcra dan
Risda untuk memberi mereka peluang untuk menyara hidup.Uthayakumar berkata jika
Najib gagal memenuhi pra-syarat tersebut, maka Hindraf tidak akan menerima jemputan
untuk berjumpa.
Sehingga kini belum ada perjumpaan dilakukan. Mungkin Hindraf
sedar telah 55 tahun Umno BN berkuasa, nasib masyarakat India masih sama. Hanya janji-janji yang sama diulang-ulang
tiada setu pun dibuat untuk Janji Ditepati. Di sebalik itu ada pula mangkuk-mangkuk
hayun seperti Presiden Perkasa bersuara supaya Najib tidak perlu melayan pra-syarat
Hindraf tersebut.
Semalam (16 November 2012) di dewan Pay Fong Melaka (klik) semasa Pesta Kebudayaan Cina
Malaysia (PKCM) Ke-29, Najib yang mahu menjaga hati kaum Tioghua menyatakan bahawa kerajaan sentiasa mengiktiraf dan memelihara warisan kaum itu
termasuk mengisytiharkan Gendang 24 Perayaan, Perarakan Tokong Kuni, Tarian
Singa Bertiang Tinggi dan 'Penang Char Kue Tiaw' sebagai warisan kebangsaan. Beliau mengingatkan Ngo-Ngo Cina tidak terlalu
ekstrem.
Nampaknya disaat terakhir ini Najib ternampak bekerja
berseorangan turun padang merayu kepada masyarakat India dan Cina. Beliau mungkin tidak menerima laporan bahawa kedua-dua
masyarakat tersebut sudah jauh meninggalkan BN dan beralih arah ke pakatan
rakyat. Najib masih lagi mendendangkan
lagu ‘dengarlah rayuanku’. Di bawa contoh kemenangan Obama Presidn Amerika untuk penggal keduanya dengan menyebut
rakyat Amerika mahu kekalkan ‘continuity’.
Najib meminta diberi peluang, "... dan saya percaya rakyat
Malaysia pun tahu sekiranya kita ingin melihat Malaysia muncul sebagai negara
maju dalam masa tujuh tahun akan datang, amat penting kerajaan yang ada hari
ini diberi masa yang secukupnya untuk menunjukkan kebolehan membawa perubahan
yang besar pada negara. Itulah rayuan
Najib mahu diberi mandat lagi.
Najib sudah ikut jejak Tun Mahathir mengatakan “melayu mudah lupa’. Rakyat tidak lupa bahawa sehingga ini Umno BN telah diberi kuasa
55 tahun untuk memimpin negara Malaysia.
Jika Umno sebagai seorang pegawai kerajaan, maka inilah masanya untuk bersara.
Tiada lagi tempoh percubaan. Adakah Umno
mahu merasakan tarikh bersara wajib yang baru pada umur 60 tahun. Seseorang yang ingin bersara pada umur 60
tahun mestilah sehat tubuh badan, waras dan mempunyai sikap bertanggungjawab,
amanah tidak rasuah dan salahguna kuasa.
Sikap ini tidak ada lagi pada Umno BN.
Adakah rakyat mahu kekalkan penyelewengan atau hidup selesa tidak
terbeban bersama pakatan rakyat?
Anwar Ibrahim ketika berucap di hadapan (klik) kira-kira 50,000
hadirin dalam suatu Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad Ke IV di
Kota Bharu semalam telah ibaratkan kini Umno telah sasau, meroyan dan nyanyuk. Ini kerana Umno tidak ada benda yang hendak
dipertahankan. Kalau ikut negeri dan pembangunan, negeri Pakatan Rakyat lebih
membangun serta mempunyai pentadbiran yang Bersih. Anwar menempelak pemimpin BN
yang mendakwa negara akan muflis jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini.
Apa yang dikatakan oleh Anwar terhadap Umno BN ada
kebenaranya. Inilah yang membuat Najib
merasa tertekan, inilah yang dimaksudkan oleh Anwar tidak ada apa yang hendak
dipertahankan. Semuanya menjadi isu
negara yang tidak akan dapat dibaiki lagi, yang tidak dapat dijawab, tidak akan
dijawab sehinggalah muncul pilihan raya kelak. Biarlah Najib, Umno BN terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment