IKLAN

Thursday 29 November 2012

Perhimpunan Agung Umno 2012 Perhimpunan Terakhir Untuk Hentam Pakatan Rakyat

Blog Ping Tool
Tanjaktinggi telah menjangkakan bahawa presiden Umno, Datuk Seri Najib akan menggunakan pentas Pehimpunan Agung Umno 2012 sebagai pentas untuk menghentam parti pakatan rakyat habis-habisan, ini  sebagai persediaan menghadapi pilihan raya ke 13 yang akan datang.

Najib bukan saja menghentam pembangkang tetapi ‘masuk bakul angkat sendiri’ dengan mewarwarkan bahawa beliaulah menteri kewangan yang berjaya menaikkan ekonomi negara sehingga 30 peratus sedangkan semasa krisis ekonomi 1998-1999 menteri kewangan (Anwar Ibrahim) gagal. Anwar bukan pengurus yang cekap tetapi sesumpah politik.  Tun Mahathir menganggap ucapan dasar Najib adalah sebagai menjawab segala tohmahan, tuduhan dan fitnah yang selama ini dilontarkan oleh pembangkang terhadap Umno. Betul ke Tun.

Maka berkatalah Najib "Di sini... di sinilah kita dilahirkan, di sini... di sinilah tangis kita mula bergema. Di sini kita membina keluarga dan di sinilah kita melakar masa depan. Di sinilah juga, dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, kita akan bersemadi untuk selama-lamanya.  

Tanjaktinggi menambah, Disini juga kita akan memfitnah terhadap saudara Islam kita demi mencapai kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

Maka semasa sesi perbahasan bermulalah gelanggang fitnah dan cemuhan perwakilan terhadap gabongan pakatan rakyat.  Inilah gelanggangnya.

No comments:

Post a Comment