IKLAN

Sunday 4 November 2012

Munafik

Ping Blog


Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban Jaya pada Sabtu 3 November 2012 mendapat sambutan rakyat. Kehadiran berbagai bangsa rakyat tempatan dan juga di luar kawasan Seremban menambahkan kemeriahannya.  Media perdana Berita Harian telah melapurkan himpunan tersebut tidak mendapat sambutan “Sambutan Menghampakan”.  Itulah kerja mereka yang tidak akan melaporkan berita sebenar apa yang berlaku. Melaku pembohogan pelaporan berita.  Sebenarnya yang tidak mendapat sambutan dan menghampakan ialah Berita Harian yang sedang ditalkinkan.


Inilah yang dikatakan Munafik  (klik).  Surat kabar Munafik.  Sampaikan pekerja yang tidak berdosa digulungkan sebagai munafik, kerana bersekongkol dengan orang yang sebegini.
Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW tentang orang-orang Munafik / Muna: "Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Munafik Manusia :

1.   Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.
2.   Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan 
      mengingkari janjinya.
3.  Bila diberi kepercayaan / amanat maka dia akan
     mengkhianatinya.

Berbohong adalah mengatakan sesuatu yang tidak benar kepada orang lain. Jadi apabila kita tidak jujur kepada orang lain maka kita boleh menjadi orang yang munafik. Pemberitaan yang tidak benar iaitu berbohong, mengatakan sambutan tidak seberapa atau manupulasi fakta sebenar adalah tergolong dalam ketegori ‘munafik’.

Untuk kita tidak terbawa-bawa amarah kita kepada akhbar munafik ini kita ikuti saja lagu “munafik melalui video klip youtube. Klik di video atau (klik).



Sabarlah. Biarlah Berita Harian terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.












No comments:

Post a Comment