Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi melihat pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang
adalah satu pilihan raya "luar biasa" dan memerlukan kaedah luar
biasa daripada Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk memperbaiki rekod kekalahan
mereka sewaktu Pilihan Raya 2008.
Memandangkan pilihan raya kali ini luar biasa maka cara menanganinya juga dengan cara yang luar biasa. "PRU kali ini luar biasa, pendekatan tidak harus dilakukan dengan tindakan selesa kerana ianya hendaklah dilakukan dengan usaha-usaha mendekati rakyat dengan penuh kesungguhan”. Kata Zahid.
Zahid dalam kenyataannya meminta
jentera parti Umno bukan menumpukan kepada kepada kesiapsiagaan jentera parti sahaja
tetapi juga mendekati pengundi atas pagar. Langkah Zahid adalah selangkah terkebelakang. Jika diamat-amati pengundi-pengundi
atas pagar sebenarnya telah jatuh berguling-guling di sebelah pagar pakatan
rakyat. Lihat sahaja sambutan rakyat terutama yang atas pagar di
majlis-majlis ceramah pakatan rakyat seperti Jelajah Merdeka Rakyat, Himpunan
Hijau Ke Putrajaya semuanya mendapat sambutan yang di luar jangkaan. Mereka inilah pengundi atas pagar yang
terdiri daripada pengundi-pengundi muda yang tidak duduk atas pagar lagi, sudah sama-sama
dengan pakatan rakyat melambai-lambaikan tangan dengan ucapan ‘sayonara BN’.
Biarlah Zahid terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.
Biarlah Zahid terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment