IKLAN

Friday 9 November 2012

Siapakah Petualang Sebenar

Free blog ping
Hanya beberapa bulan berbaki mandat Barisan Nasional memegang tampuk pemerintahan Malaysia dan akan dibubarkan parlimen bagi diadakan pilihan raya ke-13. Ini bagi mendapatkan mandat baru dari rakyat untuk berkuasa untuk tempoh lima tahun lagi.  

Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib telah beberapa kali membuat rayuan demi rayuan terbuka “. . . berilah saya sepenggal lagi” pada rakyat Malaysia.  Najib gunakan bahasa yang mudah difahami “I help you, you help me” atau “I scratch your back, and you scratch mind”.  Sejak bernafas dibumi Malaysia belum pernah kedengaran seorang perdana menterinya membuat rayuan seperti najib lakukan.  Kalu adapun itu Tun Mahathir minta rakyat BERSYUKUR kepada kerajaan BN. Bukan pada Tuhan (macam dia tentukan rezeki). Kebimbangan Najib juga nampak jelas dikongsi bersama oleh Mahathir akibat dari kemerosotan  sokongan rakyat kepada BN.  Lihat saja kepada kenyataan demi kenyataan Mahathir memburukkan pembangkang terutama Anwar Ibrahim.

Untuk terus berkuasa berbagai cara digunakan untuk melemahkan sokongan padu kepada pakatan rakyat. Berbagai formula digunakan.  Formula nombor satu ialah gunakan agama, bangsa Melayu dan raja-raja yang memungkin berkesan menjamin kemenangan BN.  Masih terbayang lagi kalau dulu dalam pilihan raya tidak payah pamirkan gambar calon, setakat lambang dacing sudah cukup untuk menarik orang mengundi BN. Itu dulu. Rakyat ketika itu tidak berfikir panjang, terlena dibuai bujukan disebalik rayuan, janji  dan penipuan yang hadir setiap lima tahun.  Kini semakin hari semakin jelas .  Satu persatu kemungkaran Umno BN terlondeh.  Kemungkaran isu Scorpene-Altantuya, NFC-Lembu Kondo, Ampang MRT-George Kent, Skandal Menteri & Artis, Duit rakyat majlis petunangan anak PM, RM40 juta Musa Aman-Umno Sabah, Hummer Car-RM3 juta dan berbagai kemungkaran yang panjang untuk disenaraikan.

Inilah isu-isu yang menjadi kebimbangan  yang tidak dapat dijawab, tak mungkin dijawab dan tidak tidak sempat dijawab, seterusnya akan menjadi beban bagi melemahkan Umno BN dalam bekempen dalam PRU Ke-13 akan datang. Umno BN kini sah mengalami penyakit kronik.  Berjumpa pakar manapun jawapan pakar akan membisikan “minta maaf” tidak boleh diselamatkan, paling lama pun boleh bertahan dalam tempoh enam bulan sahaja.  Berbalik kepada formula Umno BN yang mahu kekalkan kuasa. Agama Islam telah digunakan sesuka hati mereka.  Chua Soi Lek menghina Islam/Hudud tidak ditempelak sebaliknya imam muda Umno membela pula kenyataan ustaz Soi Lek. Nurul Izzah yang tidak bermaksud untuk membawa orang Melayu Islam boleh murtad kerana tiada paksaan dalam beragama dituduh sedemikian dispin setiap hari. Azan tidak ada lagi jika pakatan rakyat berkuasa.  Membenarkan LGBT jika pakatan berkuasa.  Cuba tanya mentetri agama berapa jumlah  permohonan murtad yang telah diluluskan?.  Inilah kerja syaitan yang dikenali  Utusan dan Berita Harian anak didik Umno.  

Bangsa Melayu akan kehilangan keistimewaannya jika pakatan rakyat memerintah.  Sebenarnya yang hilang keistimewaannya ialah pemimpin-pemimpin Umno BN yang hilang kuasa.  Kedaulatan raja-raja juga diborong sekali. Tidak ada sistem beraja jika pakatan berkuasa dan Malaysia akan menjadi sebuah negara republik. Sekarang semua raja-raja sedang ditarik sama oleh Umno ke dalam politik. Mereka inilah juga yang melondehkan raja-raja dengan mengaibkan raja-raja dan kerabatnya. AllahuAkbar.

Adakah formula Umno BN berhasil dan dipercayai rakyat?. Jawabnya tidak.  Rakyat marhaen dari berbagai keturunan dan ethnik sudah celik.  Mereka sudah dapat membezakan serta membuat penilaian.  Sekarang pun mereka telah memasang niat untuk membuat perubahan.  Mereka menunggu masa nafas terakhir Umno BN sahaja. Umno BN sedang  berada dalam keadaan tertekan.  Mereka tentu sudah melihat atau diberi laporan akan sambutan Jelajah Merdeka Rakyat pembangkang. Tidak kira di mana tempat himpunan ini diadakan tetap mendapat sambutan. Makin hari semakin ramai hadir. Rakyat mahu dengar kelentong Anwar (itu kata-kata pencacai Umno).  Tindakan turun padang berjumpa rakyat seluruh negara satu tindakan amat baik. Ini kerana tiada ruang dan peluang untuk mendapat liputan dalam media perdana.

Sebagai rakyat yang sedar akan tanggungjawab kepada anak bangsa Malaysia berhati-hatilah.  Pernah kita dengar Datuk Seri Anwar digelar Petualang.  Sekarang apa yang digelar kepada Anwar ludahnya berbalik ke muka  sendiri. Kerajaan Umno BN sedang menjadi PETUALANG menjual kedaulatan negara. Sekarang dalam peringkat menggadaikannya.

Masih belum terlambat lagi.  Kita masih boleh menyelamatkan negara kita ini.  Bersatulah dan berpesan-pesanlah dengan keluarga, adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan, rakan taulan, jira-jiran.  Kabarkan kepada mereka jangan sekali-kali takut untuk melakukan perubahan. Kita juga berjihad mencegah kemungkaran dan kezaliman kerajaan kepada satu kebaikan untuk semua.  Najib kata jangan cuba-cuba berubah tukar kerajaan, alasan yang kita faham jika kita berubah kerajaan jawatan PM dia tidak pegang lagi, gigit jari.

Kita lakukan perubahan.  Sekiranya kita tidak bertindak melakukannya SEKARANG maka kita akan menyesal tidak berkesudahan dan akan disumpah dan dikeji oleh anak cucu kita yang menyalahkan kitalah sebagai puncanya.  Anak cucu kita akan melebelkan kita sebagai keturunan dan genarasi pengecut yang menyusahkan mereka kelak. Renungkanlah.

No comments:

Post a Comment