Dua
orang pakar akedemi iaitu Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohamad Agus Yusuf dan Prof Shamsul Amri
Baharuddin, pengarah Institut Kajian Etnik di Universiti Kebangsaan Malaysia
telah mengeluarkan ramalan mereka masing-masing berhubung dengan keputusan
pilihan raya ke-13 akan datang.
Kita
tidak tahu cara mereka berdua menjalankan kaji selidik mereka. Adakah respondan mereka terdiri daripada
orang ramai yang ditanya beberapa soalan berhubung dengan BR1M? Adakah kajian mereka meliputi pemandu teksi yang
rapat dengan berbagai penumpang, mahasiswa, mat rempit, kaum muda
atas pagar, kepada mak cik Felda, masyarakat Cina dan India?.
Ramalan
tanjaktinggi pula sudah tentu akan menimbulkan kemarahan puak Umno. Sebagaimana dinyatakan setiap orang ada hak untuk membuat ramalan. Tanjaktinggi pula meramalkan bahawa Pakatan
Rakyat akan mendapat kemenangan selesa dengan 127 kerusi keseluruhannya
sementara BN memperolehi 95 kerusi.
Pakatan akan mengekalkan kerusi
yang dimenangi dalam pilihan raya 2008 sebanyak 83 kerusi dan ditambah sebanyak
44 kerusi terbaru kesemunya berjumlah 127. Tambahan kerusi-kerusi tersebut diperolehi daripada negeri-negeri Johor, Terengganu, Melaka, Pahang, Negeri
Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Mahathir yang meramalkan Umno akan tewas tersebut adalah berpunca dari kebimbangan beliau yang menyaksikan jentera pilihan raya Umno BN tidak digerakkan lagi. Ramalan tanjaktinggi berdasarkan kerja keras pakatan rakyat yang mengadakan siri Jelajah Merdeka Rakyat yang mendapat sambutan rakyat. Apa sahaja acara pakatan rakyat yang mendapat sambutan inilah yang diambilkira sebagai mengambarkan keputusan di peti undi kelak.
Tanjaktinggi tidak terjun dengan labu-labunya.

No comments:
Post a Comment