Telah
hampir dua minggu isu YB Nurul Izzah berhubung satu kenyataan dalam satu forum
yang disalah anggap bahawa Nurul ingin membawa masyarakat Melayu Islam murtad. Walaupun
Nurul telah muncul menerangkan bukan apa yang dimaksudkan tetapi ia masih dijadikan isu hangat dan dipaparkan
sebagai tajuk akhbar terutama Utusan Malaysia tidak susut umpama air banjir di kawasan TPM
Muhyiddin yang tersekat tidak
mengalir-ngalir.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)
menyembah ampun perkenan Majlis Raja-Raja Melayu supaya membincangkan dan
mengambil berat kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan, Nurul
Izzah. Dilaporkn berbagai pihak pula membuat
laporan polis membantah tindakan Nurul Izzah.
Utusan Malaysia telah membuka skopnya lebih
luas sebagai merancakkan lagi isu Nurul Izzah dengan mengaitkan pula Pas. Pas telah dikatakan tidak lagi memperjuangkan
Islam serta cita-cita menubuhkan negara Islam sebaliknya lebih 'seronok' mengejar
kuasa hingga imej parti itu dilihat sudah tercalar. Dilaporkan ahli akar umbi Pas mula meluahkan perasaan tidak senang dan
gelisah mereka ekoran kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
(PKR) Nurul Izzah Anwar yang mengeluarkan kenyataan sedemikian. Tidak cukup dengan itu Tuan Guru Nik Aziz ditarik sama dengan melaporkan sekalipun mengakui bahawa
Nurul Izzah Anwar mungkin telah mengeluarkan kenyataan yang 'celaru', tetapi
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mempertahankan Nurul Izzah.
Pertubuhan
Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat segera mengeluarkan 'fatwa' bagi menyokong kenyataan kontroversi
Nurul Izzah tersebut. Dilaporkan juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat
dipercayai dipujuk golongan Anwarinas dalam parti itu supaya tidak mengeluarkan
kenyataan menghentam Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah.
Ketua
Wanita UMNO Melaka, Datuk Rabiyah Ali berkata Nurul tidak cukup matang walaupun
terpelajar tetapi sipa mentafsirkan ayat quran dan perlembagaan. Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Universiti Utara Malaysia (UUM), Ku Amirul Faiz Ku Seman menggesa Nurul Izzah
Anwar membuat kenyataan bersumpah bagi menafikan ada menyebut beliau tidak
pernah mengeluarkan kenyataan People should not be compel to adopt a
particular religion and this should also apply to Malays. There is no
compulsion in religion seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini, 3
November lalu.
Naib
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula mencabar Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar untuk menyaman portal berita pro
pembangkang, Malaysiakini yang turut sama melaporkan kenyataan Nurul Izzah
tersebut yang kemudian dilaporkan pula oleh Utusan Malaysia. Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk
Kamilia Ibrahim berkata, mereka yang cuba mengubah atau meminda Perlembagaan
untuk memberikan hak kebebasan mutlak beragama, digesa menghentikan kegiatan
negatif itu kerana ia memesongkan akidah umat Islam. Langkah itu penting bagi
menjaga akidah umat Melayu Islam daripada terpesong selain Perlembagaan
Persekutuan telah menetapkan bahawa seorang Melayu merupakan seorang Islam.
Utusan
melaporkan Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail mencabar
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyaman ahli
Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim jika merasakan beliau benar. Nurul seperti
'takut' dengan Siti Zabedah sehingga menyebabkannya tidak berani mengambil
sebarang tindakan. Ini kerana Jelas beliau, sebagai individu yang bertanyakan
soalan kepada Nurul Izzah sama ada kebebasan beragama patut diperluaskan kepada
orang Melayu, Siti Zabedah boleh mengesahkan jawapan yang diberi Nurul Izzah
dalam forum di Subang Jaya baru-baru ini.
Kenyatan
dari YB Zulkifli Nordin juga dimuatkan oleh Utusan yang menyatakan Nurul dan
bapanya Anwar Ibrahim akan terkejut melihat barisan peguam-peguam kanan yang
mewakili Utusan Malaysia jika Nurul mengambil tindakan menyaman Utusan. "Saya hendak
beritahu kepada Nurul Izzah dan bapanya, Anwar Ibrahim, mereka akan terkejut
bila mereka melihat siapa peguam-peguam kanan yang akan mewakili Utusan
Malaysia."
Itulah pemberitaan Utusan Malaysia berhubung
kenyataan Nurul Izzah. Sehingga hari ini
isu tersebut belum surut walaupun banjir hampir pulih di seluruh negara. Mereka umpama cencaru makan petang menunggu
satu ‘point’ kesilapan dipihak gabongan pakatan rakyat terutama yang melibatkan Parti Keadilan dan
Anwar Ibrahim.
Kita juga hairan mengapakah Ketua pengarangnya
tidak mahu insaf bahawa hasil pelaporan yang berjenis fitnah yang dimuatkan
dalam akhbar mereka kemudian dijual sebagai hasil untuk dimakan oleh mereka dan
keluarga Utusan adalah hasil yang haram.
Kita juga hairan mengapakah kenyataan Chua Soi Lek menghina Islam dan
perlaksaan hukum tuhan (hudud) tidak dilapor dan disensasikan. Semuanya senyap. Takut sokongan
Melayu Islam kepada MCA beralih arah.
Teringat akan cerita dongeng Si Luncai yang
mahu menyelamatkan dirinya menipu pengawal-pengawal yang ditugas membenamkan Luncai ke dalam air, supaya ikut beliau menyanyi Luncai Terjun
Dengan Labu-Labunya, BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment