IKLAN

Sunday 18 November 2012

Tunggu Cadangan Melantik Tuan Guru Haji Hadi Sebagai Perdana Menteri Malaysia Akan Diputar Dan Digoreng Oleh Media Umno BN.

Ping my blog
Seorang perwakilan Dewan Ulama Pas Pusat, Hairun Nizam Mat Hussain (klik) menegaskan Abdul Hadi merupakan calon terbaik untuk menjadi perdana menteri Malaysia sekiranya pakatan berjaya dalam pilihan raya ke-13 akan datang. Sebagai mengulas perkara tersebut Datuk Seri Anwar mengatakan bahawa beliau tiada masalah berhubung dengan cadangan tersebut (klik).

Maka dengan itu bersiap sedialah,  Umno melalui media pencacainya akan berusaha melaga-lagakan pihak PAS dan PKR berhubung perkara ini.  Saya percaya mereka akan mendapat pandangan mangkok tambah berhubung dengan perkara ini.  Sungguhpun Anwar mengatakan beliau tiada masalah, tetapi ahli PKR  dan DAP akar umbi mungkin terasa bahawa mereka selama ini meletakkan kepercayaan kepada Anwar Ibrahim untuk diangkat menjadi perdana menteri dan Tuan Guru Haji Hadi pula  tiada masalah jika dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Kita tidak boleh menafikan kegigihan Anwar Ibrahim dengan Jelajah Merdeka Rakyat,  Pas pula dengan Himpunan Hijau Ke-Putrajaya, Bersih, dan Anti FGV yang lain  sentiasa mendapat sambutan walau di mana diadakan. Gabungan parti-parti pakatan rakyat dan Ngo-Ngo sokongan telah bekerja keras untuk tujuan yang satu untuk berkuasa di Putrajaya.

Oleh itu Pakatan rakyat janganlah membesarkan isu ini, biarlah media pencacai Umno BN buat pusingan 360 darjah membuat adu-domba terhadap gabongan pakatan. Simpanlah hasrat tersebut buat sementara.  Memang ada pro dan kontra berhubung dengan cadangan untuk melantik Tuan Guru Haji Hadi sebagai perdana menteri  dikalangan ahli parti.  Apa yang penting luaskan kerjasama untuk mendapatkan Putrajaya terlebih dahulu lepas itu “kita boleh bincang dengan baik”.  Sekarang tunggu dan lihat isu ini akan digoreng hangus.

No comments:

Post a Comment