Terjumpa
Jamil iaitu seorang kawan lama di sebuah warong kopi di Keramat. Hampir 10
tahun tidak berjumpa dengannya. Beliau masih sehat dan intonasi bercakapnya tidak
berubah. Sambil menghirup ‘kopi jantan’ beliau bersuara “nampaknya pilihan raya
akan datang ni habislah…..” Terhenti cakapnya, kerana beliau meneruskan menghirup
kopi yang panas itu. Aku masih menunggu untuk
dengar lagi apa yang dimaksudkan ‘habislah”.
“Sambutan terhadap pakatan rakyat semakin bertambah, kau tengok saja di facebook di
mana saja ceramah mereka adakan penuh sesak, nampaknya Umno BN boleh bye-bye
ler”.
Jamil
terus memberitahu aku bahawa ada seorang kawannya menerima dua kad jemputan dari parti Umno. Dua kad jemputan tersebut ialah bagi Majlis
Perasmian Perhimpunan Agung Umno dan Majlis Jamuan Makan Malam Perhimpunan Agung
Umno pada 29 November 2012. Jamil memberitahu aku bahawa sahabat beliau tersebut
sememangnya hatinya sudah hitam pada Umno dan tidak boleh dipadamkan lagi sejak
dari dulu. Jamil berkata seingat beliau sahabatnya “dulu kini
dan selama-lamanya” tetapi kini tidak lagi sudah lain, sudah tidak selama-lamanya. Sudah boleh bercakap dan memberi pandangan
yang bernas. Jamil memberitahu
sungguhpun sahabatnya sudah berubah tetapi beliau akan hadir di kedua-dua
majlis tersebut untuk melihat gelagat terakhir perwakilan-perwakilan Umno yang
hadir di perhimpunan tersebut.
Jamil
dimaklumkan oleh sahabatnya bahawa hampir semua perwakilan berada dalam dilema
dalam ketidaktentuan, yang memikirkan keadaan masa depan Umno.
Kebanyakannya memang mahu menampakkan sambutan pada majlis ini meriah
tetapi ada satu agenda yang mereka akan lakukan untuk menunjukkan bahawa
merekalah iaitu akar umbi yang mempunyai kuasa sebenar terhadap pemimpin
negara. Aku hairan juga apa yang dimaksudkan dengan agenda tersebut. Jamil lantas memberitahu aku ‘agendanya di
peti undi’. Baru aku faham. Aku pun memberanikan diriku sambil mengajukan
pertanyaan “Abang setujukah kalau Umno BN dalam pilihan raya akan datang ini
kalah?”. Jamil sambil menggenggam jarinya serupa tanda “like” di fb sambil berkata
“ kita mesti ubah, dah tak tahan lagi, selama ini rupa-rupanya kitalah yang memberi
kesenangan kepada mereka, kita yang bersengkang mata untuk menaikkan mereka,
inilah masa untuk kita ubah”. Lega
hatiku bila melihatkan reaksinya begitu.
Memandangkan aku ada urusan lain terpaksa meminta diri sambil memeluknya
aku berbisik “abang dengan saya sama, kita ubah bang”. Terus kami beredar ke haluan
masing-masing. Yang aku kesal ialah tak
sempat aku mengambil nombor handphonenya.
Presiden Parti UMNO tiada sentuhan akhir buat rakyat menjelang bulan bulan terakhir ini. Budget entah kemana, kini sibuk perhimpunan agung.. mujur tak ada pemilihan.. gawat jadinya.. jika warga pengalaman sudah demikian, apatah remaja wan dan belia wan hendak tunggu lagi.. garam dilaut asam didarat... peti undi PRU 13 kita kerjakan UMNO dan BN.. ramalan mengatakan BN tumbang sepenuhnya pada PRU14..itu Daim Zainuddin cakap.
ReplyDelete