Berdasarkan
kepada situasi begini nampaknya Najib boleh menarik nafas lega dan dengan
tenang boleh membuat keputusan membubarkan parlimen dan seterusnya mengadakan
pilihan raya ke-13. Ada beranikah?. Ini samalah juga dengan gelombang merah yang
diadakan di Stadium Bukit Jalil nampaknya ramai sehinggakan Najib tidak
sabar-sabar hendak mengadap DYMM Agong keesokan hari untuk membubarkan parlimen. Tetapi sehingga sekarang habuk pun tarak.
IKLAN
Sunday, 11 November 2012
Sokongan Terhadap Najib Meningkat Mendadak
Ping Blog
Sokongan terhadap perdana menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib meningkat
mendadak. Ini bukan andaian Merdeka Centre tetapi berdasarkan kepada gambar-ambar. Adakah sokongan tersebut kerana isu kenyataan
Nurul Izzah berhubung dengan kebebasan beragama
yang diputarbelitkan telah diterima oleh masyarakat Melayu Islam sebagai penyumbangnya.
Lihat sahaja gambar Himpunan Genarasi Baru Felda yang juga majlis Program “PM Serah Duriah Runtuh Generasi Muda
Felda”.
Harap Najib tidak
tertipu dengan sambutan yang nampaknya ramai. Manakan tidak, penyebabnya ialah apabila disediakan dua tiga biji bas untuk satu skim Felda membawa warga Felda, jamuan dan cenderahati disediakan, baju ‘T” diberi percuma
dan sudah tentu wang belanja turut diberi. Maka ramailah kelihatan warga Felda berbaju T merah meramaikan majlis. Najib pun faham, sudah tentu Ahmad Maslan
yang mengaturkannya untuk tunjukkan warga Felda masih menyokong Najib. Sorrylah
Saham FGV sudah nampak akan dibungkus, warga felda sedang mengira
wang. Bukan wang durian runtuh tetapi
hutang bank saham FGV. Entahlah
belalang, biarlah Najib dan Felda terjun
dengan labu-labunya. BIARKAN.
BIARKAN.
Labels:
Najib dan Sokongan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment