IKLAN

Saturday 1 December 2012

Adakah Doa Minta KO Umno BN Termakbul Menyebabkan Najib Umpama Dirasuk Ketika Menggulung Perbahasan Perhimpunan Agung Umno 2012 Di PWTC?


Semalam 1 Disember 2012 tamat sudah Perhimpunan Agung Umno 2012 selepas Presiden Umno, Datuk Seri Najib berucap dalam sesi penggulungan perbahasan. Sepanjang ucapan yang penuh lakunan yang beremosi tidak lepas dari mulutnya dengan formula menakut-nakutkan bangsa Melayu, jika kehilangan kuasa yang akan turut menggugat bangsa Melayu dan menjejaskan agama Islam. Diulang-ulang menyebut Umno pembela Islam dan bangsa.  

Najib umpama mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap pakatan rakyat (klik). 

Najib bertanya perwakilan “ Adakah kita mahu anak-anak kita rosak akidahnya. Adakah kita mahu anak-anak kita gelap masa depannya? Adakah kita mahu negara kita porakperanda? Adakah kita sanggup memperjudikan masa depan negara? Jika semua jawapan tidak maka katakana tidak kepada PKR. Katakan tidak kepada PAS. Katakan tidak kepada DAP.  Ini masanya kita sedar kita berada dalam barisan yang kukuh dan bersatu. Untuk apa?.  Untuk menentang fitnah dari PAS. Untuk menentang pluralism oleh PKR. Untuk menentang perkauman dari DAP.  Bayangkan segala kehancuran, kemusnahan, porakperanda dan kebentasan bangsa pasti jika anda memilih pembangkang”


"Satu undi untuk PKR satu undi untuk kerosakan akidah dan sosial!,"

"Satu undi untuk PAS bermakna satu undi untuk kehancuran Islam!”

"Satu undi untuk DAP maksudnya satu undi untuk penindasan bangsa tercinta!”

Jelas sungguh Najib dalam keadan kepanasan. Ini jelas semasa diakhir penggulungan tersebut sehingga melangkaui waktu maghrib.  Beliau umpama dirasuk (memanglah syaitan yang dikenali) seperti orang dalam ketakutan dikejar bayang-bayang sendiri.  Mulutnya tidak henti-henti menyebut PKR, PAS dan DAP, pakatan rakyat dan pembangkang. Confirm sudah tentu beliau telah mendapat laporan bahawa Umno BN akan kekal di Parlimen cuma berpindah dan menyeberang mengisi tempat pembangkang. Pakatan rakyat tidak lagi menjadi pembangkang. 



Terfikir juga adakah doa Pas meminta Umno BN KO menghampiri makbulnya?. Lihat dengan klik di  video youtube yang disediakan.

No comments:

Post a Comment