IKLAN

Tuesday 25 December 2012

SAH HANTU MEMANG GENG BARISAN NASIONAL

Ping Blog
Percaya atau tidak, Ini adalan kesah benar. Kejadian ini berlaku di sebuah pejabat kerajaan di negeri Perak pada bulan November lepas. Pejabat ini terletak di sebuah banglow lama yang disewa oleh kerajaan Perak.

Jamil (bukan nama sebenar) seorang kerani di pejabat ini telah datang ke pejabatnya selepas waktu senja kerana mahu mengambil dompetnya yang tertinggal.  Selepas mengambil kunci dari pengawal keselamatan, Jamil naik ke tingkat dua pejabatnya dan terus ke mejanya.  Sebaik sahaja mengambil dompetnya beliau terus berjalan ke pintu untuk keluar.  Baru empat lima langkah berjalan, tiba-tiba mesin fak berbunyi seperti menerima dokumen.  Jamil terus ke mesin fak tersebut untuk melihat apakah dokumen tersebut.  Jamil sungguh  terkejut mendapati kertas fak tersebut dalam bentuk tulisan tangan tertera perkataan "JANGAN KACAU KERAJAAN KAMI".  Sungguh terkejut, tanpa memandang kiri kanan Jamil bergegas keluar dari pejabatnya dan menyerahkan semula kunci pejabat kepada pengawal dan terus pulang ke rumah.

Keesokan hari Jamil datang ke pejabat dan terus ke mesin fak.  Kertas fak masih ada lagi di situ. Jamil dapati di kertas fak tersebut tiada sebarang butir-butir penghantar, tarikh dan masa, tidak seperti kebiasan yang terdapat pada kertas fak. Jamil dan rakan sekerjanya tidak berani untuk merakamkan gambar kerta fak tersebut.

Dari kejadian tersebut mengesahkan bahawa Barisan Nasional memang disokong oleh hantu-hantu (gambar hiasan).  Bukan sahaja hantu hidup, hantu ghaib juga menyokong BN. Oleh itu pakatan rakyat harus berhati-hati dalam pilihan raya akan datang. Hantu yang paling merbahaya ialah hantu yang kita boleh nampak dan lihat. Dalam peristiwa ini hantu juga mahu kerajaan BN berkuasa di Perak.
 
Jangan biarkan hantu-hantu tersebut terjun dengan labu-labunya. Kena dipantau.

No comments:

Post a Comment