IKLAN

Sunday 16 December 2012

ANWAR IBRAHIM HENDAK SANGAT JADI PERDANA MENTERI

Ping Blog
Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib melalak lagi di Sabah.  Kali ini lantang suaranya “ada orang hendak sangat jadi perdana menteri”.  Kata-katanya tidak lain  adalah ditujukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Sebenarnya intonasi suaranya terbayang kegelisahan dan kebimbangannya, manakan tidak selepas saja Anwar datang ke Sabah, Najib akan menyusul kemudian untuk membuat ‘counter attack’ apa yang diperkatakan oleh Anwar.  Jika tidak silap Najib telah turun ke Sabah hampir tujuh kali pada tahun ini sama dengan kedatangan Anwar ke Sabah.  Ini menunjukkan kebimbangannya.

Dengan lenggok badan, mimik mukanya dan ketinggian suaranya Najib telah menggunakan kesempatan mengutuk pembangkang sambil menyatakan "Tolong sokong BN jika anda masih mahukan saya pada kedudukan saya sekarang”.  Itulah rayuan Najib pada belia  ketika berada di Sandakan, Sabah.  Sebenarnya Najiblah yang hendak sangat menjadi perdana menteri ketika Tun Abdullah diumumkan untuk menggantikan Tun  Mahathir.  Ketika Tun Mahathir mengumumkan perlantikan Abdullah sebagai perdana menteri ada suara-suara yang mengatakan Najib merasakan beliaulah sepatutnya memegang jawatan tersebut.

Jika Najib boleh berkata Anwar hendak sangat menjadi perdana menteri, orang juga boleh berkata kenapa bermatian sangat mengutuk Anwar sehingga sanggup  merayu kepada belia Sabah supaya sokong BN jika mahukan beliau sebagai perdana menteri. Ini menunjukkan amat sukar untuk melepas jawatan tersebut dan bermatian mahu mempertahankannya.

Buatlah apa yang patut Najib. Kalau hendak terjun dengan labu-labu janganlah sampai lemas.  Orang-orang akan tetap kata BIARKAN. BIARKAN.

No comments:

Post a Comment