Parti
Keadilan Rakyat (PKR) ditubuhkan adalah untuk menaikkan seorang sahaja iaitu
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itulah apa
yang selalu diucapka oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan NGO-NGO sewaktu dengannya. Parti-parti lain dalam
Barisan Nasional tidak pula menyebut perkara ini. Berbagai-bagai fitnah dan tohmahan dicipta
untuk memberi aib dengan tujuan menjatuhkan
Anwar tetapi sehingga kini tiada satu pun yang berhasil. Tidak dinafikan bahawa apa yang dihadapi oleh
Anwar tersebut amat menyukarkan beliau,
parti PKR dan juga Pakatan Rakyat.
Selepas
membakar jambatan lambang PAS, beliau isytiharkan diri beliau sebagai wakil
rakyat bebas. Ibrahim menubuhkan Perkasa pada 22 Mac 2009. Sejak itu beliau kerap mengkritik pakatan
rakyat terutama Anwar Ibrahim. Disamping
mencemuh Anwar, beliau sering mempertahankan tindak-tanduk Umno dan Barisan
Nasional. Ada yang menggelarkan Perkasa juga sebagai sayap Umno.
Ternampak
jelas bahawa apa yang dilakukan oleh Ibrahim seiring dengan Umno dan BN semata-mata
untuk ‘milage’ politik beliau. Pernah
beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menyertai Umno kecuali
dipelawa. Apa ni Brahim?. Ibrahim kini
berada dalam kebimbangan dan cemas. Ini
kerana dalam pilihan raya Ke-13 yang akan datang, Ibrahim sudah tidak nampak jalan, tempat atau lambang parti manakah untuk beliau bertengek menjadi calon selain daripada lambang ‘kunci’ untuk parti bebas di Kawasan Parlimen Pasir Mas.
Kini
Ibrahim berkayuh dalam kolek yang bocor sedang digenangi air untuk tenggelam.
Biarlah Ibrahim terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment