IKLAN

Friday 7 December 2012

Rupanya Pengacau Di Jelajah Merdeka Rakyat di Batu 8 ½ Gombak Persatuan Silat Mereka Ahlinya Datuk Sri Najib

Ping Blog
Patutlah budak-budak Silat Lincah yang mengganggu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di batu 8 1/2 Gombak berani melakukan kekacauan dan tunjuk belang.  Rupa-rupanya Persatuan silat tersebut telah menganugerahkan kepada perdana menteri 1Malaysia, Datuk Sri Najib  anugerah Ulil Amri 111 Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM).  Sementara Persatuan Seni Silat Gayung (PSSGM) pula telah menobatkan Najib sebagai Khalifah Agung Sri Tri Buana Gangga Simanjakini Cula Sakti.
 
Semasa himpunan silat 1Malaysia di PWTC pada Julai 2012 Najib telah menyatakan ‘Perjuangan pesilat diperlukan setiap masa”. Mesej ini  agaknya yang tertanam dalam jiwa budak-budak yang kurang matang yang menganggap kata-kata Najib tersebut umpama memberi lampu hijau kepada mereka melakukan apa saja kekerasan terutama kepada pakatan rakyat.

Mungkin juga mereka termakan kata-kata Najib dalam Perhimpunan Agung sebelum ini "Berpasaklah kepada parti Umno. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!”

Sebenarnya Najib memberi semangat.  Budak-budak baghal ini ingat supaya lakukan keganasan. Biarlah budak-budak ini terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.

No comments:

Post a Comment