IKLAN

Saturday 15 December 2012

Perkara Remeh Begini Peningkan Kepala Najib


Tidak senang duduk langsung Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib berbagai perkara akhir-akhir ini ditimbulkan oleh berbagai pihak terhadap beliau, keluarga dan parti Umno.  Dari satu perkara ke satu perkara.  Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan dengan londehnya, di Sabah pula cerita Ketua Menteri, Musa Aman yang dikatakan terlibat dengan wang RM40juta. Kemudian tiba-tiba timbul pula seorang ahli perniagaan karpet Deepak Jaikishan (klik) mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertamanya pada tahun 2008. 

Kini timbul pula demo perkerja-pekerja CIMB di hadapan ibu pejabat CIMB, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur yang ditujukan kepada majikan terutama pengerusinya Dato' Nazir Razak iaitu adik kepada Datuk Seri Najib. 

Lihat sahaja gambar dan poster-poster yang ditayangkan oleh pekerja-perkerja tersebut menceritakan segalanya.  Walaupun perkara ini dikatakan remeh, ini juga boleh memeningkan kepala Najib.  Terjunlah Najib dengan labu-labu mu. Maka disambut orang-orang Umno, BIARKAN. BIARKAN.

No comments:

Post a Comment