Tun Mahathir tiba-tiba berada di
Felda Kemasul, Bentong dalam satu Majlis Bicara Tokoh. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Najib sendiri telah berterima
kasih kepada Mahathir semasa perhimpunan
agung Umno di PWTC atas usaha Mahathir turun padang berjumpa akar umbi
berkempen untuk Umno dan BN. Kita maklum mengapa Mahathir begitu aktif
melakukannya. Sudah tentu untuk membawa
sama ‘brand’ beliau terhadap anaknya Muhkriz yang beliau harap akan dinobatkan
sebagai Menteri Besar Kedah jika BN menang dalam pilihan raya, juga satu
target yang lebih besar iaitu sebagai perdana menteri Malaysia (Boleh ke? Jaguh kampong
ni). Umum mengetahui Mahathir kini sedang berkongsi ‘kepanasan global’ akan
kemusnahan Umno dalam pilihan raya ke-13 yang akan datang.
Timbul juga persoalan adakah
majlis Bicara Tokoh ini telah dirancang sebelum Perhimpunan Agung Umno 2012.? Atau baru sahaja. Jika baru jelas sungguh bahawa ini adalah kerana mahu
menyelamatkan telinga Adnan Yaakob daripada dipotong. Mungkin Umno BN telah terhidu bahawa DAP akan memenangi kerusi Bentong. Sebelum ini Adnan Yaakob sudah buat U-turn
dengan memperbetulkan kenyataannya bahawa yang beliau maksud potong telinga hanya kiasan bukan betul-betul (baru padan muka).
Apa yang kita ingin lihat ialah
Umno BN akan kecewa di Bentong. Bawalah siapa sahaja untuk berceramah ke pelusuk Bentong, jika Allah
mahu Kun Fayakun maka jadilah kemenangan untuk orang-orang yang dizalami. In
Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment