IKLAN

Wednesday 12 December 2012

MUSA HASSAN BIKIN SEMUA ORANG SUSAH

Ping Blog
Tan Sri Musa Hassan tiba-tiba mahu melondehkan semuanya.  Apakah motif sebenar Musa mengungkap berbagai perkara   dari seekor Menteri Dalam Negeri, Ketua Setiausaha KDN, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan bekas Anggota Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Masih ingat lagi saya pernah menulis dalam blog ini, selepas Musa bersara beberapa bulan beliau bergiat memberi ceramah mengenai keselamatan di beberapa cawangan Umno di Melaka dan Johor.  Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada campur tangan dalam siasatan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.  Musa juga menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dan tiada konspirasi untuk mengenakan Anwar dalam kedua-dua kes Liwat I dan II.  Apakah tujuannya membuat kenyataan tersebut?.

Sebelum ini Persatuan Wartawan menerima maklumat bahawa Musa akan ke Bangkok untuk mengadakan sidang media di sana mengenai perkembangan terbaru mengenai kes Altantuya, tetapi telah dinafikan sendiri oleh beliau.

Kemudian tiba-tiba meletup Tan Sri Musa Hasan mendedahkan bahawa Menteri Dalam Negeri, Dato' Hishamuddin Hussein terlibat dalam memberi arahan kepada pegawai-pegawai polis yang lebih rendah daripadanya dan pegawai polis di peringkat daerah.

Musa menyatakan beliau telah menegur tindakan Hishamuddin tersebut dengan menarik perhatian kepada Seksyen 4 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan bahawa kuasa memberi arahan kepada pihak polis hanya diberikan kepada KPN.  Sementara itu Hishamuddin telah menafikan perkara ini sebaliknya menuduh pembangkang memperalatkan Musa berhubung perkara ini.

Pada minggu lepas dalam satu sidang media anjuran NGO yang dikenali nama Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) naungannya, Musa telah membuat dakwaan baru menyatakan bukan sahaja Hishamuddin terlibat bahkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi turut campur tangan dalam hal ehwal polis. Menurut Musa Ketua Setiausaha Kementerian itu memberi arahan terus kepada pegawai polis tertentu, yang menurutnya menyebabkan pasukan keliru dalam mengikut arahan. Abdul Rahim mengeluarkan arahan supaya pegawai polis memberi laporan kepadanya (klik).

Dalam sidang media  disebut lagi nama  Datuk Ramli Yusuff bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. Kali ini Musa menggesa Ramli supaya menjelaskan bagaimana beliau boleh "mengumpul kekayaan yang besar” semasa berkhidmat. Nampaknya dendam beliau terhadap Ramli masih belum pudar.  Ramli sebelum ini pernah menyatakan bahawa Musa menyalahgunakan kuasanya untuk melindungi seorang ketua kongsi gelap Johor, Goh Cheng Poh atau Tengku Goh (klik).

Tidak sudah dengan itu, Musa mengaitkan pula bekas anggota Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Robert Phang dikatakan pernah mengugut seorang pengawai tinggi polis berpangkat Datuk dan memegang ijazah PhD  yang enggan memenuhi permintaan untuk mentauliah satu projek jutaan ringgit kepada satu syarikat melibatkan Phang pada 2009. Ini menyebabkan pegawai berkenaan dilucutkan jawatan dan kemudian ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh Ketua Polis Tan Sri Ismail Omar (klik).

Selepas daripada sidang media Musa, maka bermulalah perang mulut, jawab menjawab dan penafian orang-orang yang disebut Musa kepada tuduhannya.  Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim menyifatkan tindakan Musa tersebut yang yang dihalakan kepada perdana menteri dan menteri dalam negeri tersebut “hanyalah satu sandiwara” (klik).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin kemudian  tampil menafikan dakwaan bekas ketuanya, Tan Sri Musa Hassan bahawa menteri dalam negeri campur tangan dalam urusan polis. Bakri berkata polis tidak pernah pilih bulu dalam siasatan yang dijalankan "PDRM sentiasa memastikan setiap aspek siasatan yang dijalankan tidak melangkaui mana-mana ketetapan undang-undang dengan keperluan siasatan ditentukan bergantung kepada jenis kesalahan dilakukan penjenayah”  (klik). Bukan bos lagi bolehlah hentam balik.


Tan Sri Robert Phang menafikan dakwaan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan bahawa beliau pernah menyebabkan seorang pegawai tinggi polis bertukar. Robert menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian dan menafikan beliau menyebabkan pegawai yang dikatakan dipindahkan dalam tempoh 24 jam. Phang juga  dinasihat oleh barisan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Musa berhubung dakwaannya itu (klik).


Isu-isu yang ditimbulkan oleh Tan Sri Musa tidak akan reda. Parti Umno juga turut menafikan naib presidennya Hishamuddin terlibat dalam mempengaruhi polis.  Isu ini juga banyak dibahaskan di blog-blog pro-Umno dan juga pembangkang. Tidak akan habis.  Apa yang menjadi persoalan ialah apakah tujuan Musa menimbulkan isu tersebut terutama terhadap Hishamuddin sebelum perhimpunan agong umno 2012 lepas.  Hishamuddin membidas Musa dan mengganggap ini satu politik murahan pembangkang  menggunakan  Musa disaat hampir pilihan raya.

Walau apa-apa pun pokok pangkalnya  hanya Musa sendiri yang tahu. Oleh itu biarlah Musa  bersenang-senang terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.

No comments:

Post a Comment