IKLAN

Monday 17 December 2012

Penuh Himpunan Kebangkitan Rakyat, Najib Beri Bantuan Rakyat (BRIM) Orang Pergi Juga Ke Pakatan Rakyat

Free blog ping

Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib makin hendak sampai ke dinding mandat yang beliau ada, semakin sukar untuk mencari tarikh pilihan raya.  Selain daripada isu-isu lepas dan terbaru muncul pula hantu Altantuya kembali menjelma yang dihebahkan oleh Deepak Jaikishan. Selain itu satu lagi yang amat merunsingkan ialah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang diadakan oleh pakatan rakyat sentiasa mendapat sambutan angkanya tidak kurang daripada 10,000 orang dan kekadang mencapai angka 50,000 orang. 

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang bermula daripada Negeri Sembilan pada 3/11/2012 sehingga semalam 17/12/2012 di Perlis sentiasa dipenuhi dengan berbagai bangsa yang ingin mengikuti perkembangan semasa (gambar himpunan di Perak). Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang telah dibuat ialah:

Seremban Jaya, Negeri Sembilan  3/11/2012
Kota Bharu, Kelantan 16/11/2012
Kudat, Sabah 25/11/2012
Batu Pahat, Johor 1/12/2012
Alor Setar, Kedah 7/12/2012
Melaka 9/12/2012
Pahang 9/12/2012
Terengganu 14/12/2012
Pulau Pinang 15/12/2012
Perak 16/12/2012
Perlis 17/12/2012.

Inilah antara penyebab yang mengganggu Najib untuk bertenang bagi mencari tarikh sesuai membubarkan parlimen seterusnya mengadakan pilihan raya. Berilah peluang kepada Najib dan Umno BN mencari bomoh besar  mencari tarikh yang sesuai (gambar himpunan di Perlis).  Kita hanya perlu bersabar dengan Najib.  Kita terima saja apa yang diputuskan oleh beliau.  Biarlah beliau dengan labu-labunya.

No comments:

Post a Comment