Ada seorang ini macam nak masuk menjadi seekor daripada gerombolan apabila berkata beliau tidak akan memohon masuk Umno, sebaliknya sedia
kembali ke pangkuan parti itu jika dipelawa. Diulang sekali lagi 'jika dipelawa'.
Kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali merangkap Wakil Rakyat Pasir Mas tersebut, budak-budak sekolah darjah satu pun boleh faham apa yang tersirat. Difahami maksudnya Ibrahim mahu menyertai semula Umno jika di pelawa.
Maka
Ibrahim pun menyebutlah resume beliau
yang pernah menjadi ketua bahagian selama 11 tahun, anggota Majlis Tertinggi Umno selama 6 tahun. Buatlah apa yang patut Brahim. Lompat-melompat ini umpama orang yang mempunyai
ilmu kena beramal. Lompatlah.
Sebenarnya Ibrahim telah dapat membaca bahawa untuk menjadi calon membawa lambang Pas sekali lagi di Pasir Mas sudah tentu tiada peluang lagi. Membawa lambang 'kunci' sebagai calon bebas akan kehilangan wang deposit. Maka strategi sekarang sorong-soronglah pipi kalau-kalau dipelawa masuk Umno. Kalau Umno terima Brahim dan seterusnya menjadi calon BN untuk Pasir Mas, alamatnya sayonaralah Brahim dan BN di Pasir Mas.

Senang saja lebih baik terjun dengan labu-labu
nanti akan disahut orang BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment