IKLAN

Thursday 27 December 2012

Rumah Pegawai Khas Ahmad Maslan Disimbah Cat Merah Akan Bawa Perkasa dan Persatuan Silat Gayung Malaysia Lapor Kepada Yang diPertuan Agong.


Rumah  Ab Halim Tuah pegawai khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan disimbah cat merah pada pagi Selasa lalu (klik). Abul Halim juga adalah seorang pegawai Penerangan Umno. Ketika kejadian beliau dan keluarga berada di Melaka menghadiri kursus. Jiran beliau yang memberitahu beliau melalui SMS. Rumah di Seksyen 5, Wangsa Maju itu baru diduduki beliau  pada November lalu.

Beliau mengsyaki ini ada kena-mengena dengan  laporan polis yang dibuat oleh beliau terhadap penceramah yang berceramah di surau di hadapan rumahnya yang dikatakan menghina pemimpin negara seperti Najib dan Rosmah dan juga Yang diPertuan Agong.

Ab Halim tidak akan membersihkan kesan cat tersebut sebaliknya memberi tempoh 7 hari kepada individu yang melakukan perkara tersebut tampil meminta maaf. Beliau juga berkata, selepas tujuh hari jika tiada individu yang tampil, beliau bersama NGO pro Melayu, PERKASA bersama Persatuan Silat Gayung Malaysia akan membawa perkara itu kepada Yang di-Petuan Agong.

Pelik juga pegawai khas kepada Ahmad Maslan ini, sanggup kumpulkan PERKASA dan Persatuan Silat Gayung Malaysia untuk temankan beliau membawa perkara ini kepada Yang Di Pertuan Agong hanya kerana rumah beliau disimbah cat dan marahkan penceramah tersebut.  Ini berbeza sekali dengan pihak pakatan rakyat, bas  Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah dan cermin bas dipecahkan hanya dilaporkan kepada pihak polis sahaja tidak sampai ke Yang Di Pertuan Agong.

Buatlah apa yang patut Halim. 


No comments:

Post a Comment