IKLAN

Saturday 1 December 2012

Kempunan Hendak Makan Telinga Panggang Apabila Adnan Yaakob Buat U-Turn

Blog Ping Tool
Pada hari Jumaat (30 November) Adnan Yaakob telah mengatakan beliau akan membenarkan telinga beliau dipotong  dan akan terjun sungai Pahang jika DAP boleh menang di Bentong.  Itulah kata-kata Adnan Yaakob, beliau bercakap tanpa menoleh ke kiri, kanan, depan, belakang dan memandang ke atas seolah-olah lupa akan Kudrat Allah SWT.

Apabila berita ini dikeluarkan terfikir juga dalam benak yang jahat ini, apa agaknya rasa telinga jika di buat sup atau dipanggang terutama telinga Adnan Yaakob.  Tapi tidak mungkin kita sanggup makan telinga. Kemungkinan telinga ini jika  disuakan dan diberi makan anjing sekali pun tidak sanggup dimakannya.  Anjing pun ada juga deria rasa untuk memilih telinga siapa untuk dimakannya.


Selepas sehari membuat kenyataan di PWTC, Adnan membetulkan pula kenyataannya.  Beliau tidak bermaksud potong telinga betul-betul, tetapi sebagai satu bahasa kiasan sahaja (klik).  Orang semua faham, sudah tentu beliau sendiri tidak akan membenarkan telinganya untuk dipotong jika DAP menang.  Sudah tentu beliau akan menghilangkan diri jika perkara ini betul-betul belaku.  Apa yang orang persoalkan ialah jangan bersikap takbur. Ingat kepada Tuhan. Bercakaplah secara berhemah. Walau apa-apa pun kata-kata  Adnan tersebut umpama mempelawa kemenangan DAP di Bentong.

Biarlah Adnan Yaakob terjun dengan labu-labunya, BIARKAN. BIARKAN.

1 comment:

  1. adduhhhh sakit sakit sakit weeeiiii... Novel terhangat tahun depan... David Teoh be watch akan buat filem... Adnan Telinga... mengantikan Adnan Sempit...

    ReplyDelete