Najib
kemudian telah melancarkan Program
Transformasi Kerajaan (GTP-Government Transformation Program) pada bulan April 2009 yang diterajui oleh
beliau sendiri. Kemudian pada 28 Jan
2010 telah beliau melancarkan pula Pelan
Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang disifatkan sebagai satu
kesimpulan daripada hasrat rakyat.
Itulah
langkah-langkah permulaan yang dibuat oleh Najib apabila mengambil tampok
pemerintahan negara. Najib sedar bahawa
beliau terpaksa merancang pelbagai program sebagai benteng kepada pengaruh pembangkang
yang dilihat semakin hari semakin
mendapat perhatian rakyat. Najib kemudian mengambil satu langkah yang mengejutkan
ketika pembentangan belanjawan 2012 pada Oktober 2011. Beliau telah mengumumkan
pakej-pekej bantuan iaitu:
1.
|
Bantuan Rakyat Satu
Malaysia (BR1M) iaitu pemberian wang tunai kepada isi rumah yang berpendapatan
RM3,000 ke bawah dengan bantuan sebanyak RM500/.
|
2.
|
Pemberian Buacar
Buku 1Malaysia (BB1M) sebanyak RM200/ kepada pelajar Universiti peringkat
tingkatan enam hingga ke Phd di universiti awam dan swasta tempatan,
|
3.
|
Bantuan kepada semua
pelajar RM100 (sekolah rendah)
|
4.
|
Skim Rumah Pertamaku
|
5.
|
Program Rumah Mesra
Rakyat
|
6.
|
Perumahan Rakyat
1Malaysia
|
Kemudian
pada bulan June 2012 sebagai menghargai
pemandu-pemandu teksi Malaysia, Najib telah melancarkan pula Program Bantuan
Teksi 1Malaysia (TR1ma) iaitu pemberian baucer untuk membantu pemandu teksi menukar tayar (4 tayar) yang bernilai
RM520/.
Apa
yang dibuat oleh Najib untuk menunjukkan beliau seorang perdana menteri yang
pemurah tidak juga mendapat sentuhan.
Merdeka Centre yang membuat kajian berhubung dengan ‘rating’ kepupularan
Najib mendapati hanya meningkat 1 peratus sahaja dari 64% kepada 65%. Kajian yang dibuat selepas bajet 2013
diumumkan.
Rakyat
cerdik dan tidak sebodoh apa yang Najib gambarkan. Mereka tahu apa yang dilakukan oleh Najib
sebenarnya adalah umpan pilihan raya ke-13.
Apa yang diharap oleh Najib ialah pemberian tersebut harus dijelmakan
dalam bentuk undi. I help you, you help me. Rakyat
seronok menerima pemberian dari kerajaan Najib.
Apa yang diberi oleh Najib sebenarnya adalah wang rakyat, hak rakyat
yang sepatutnya diterima. Kamu memberi,
kita merasa.
Sudah banyak wang yang digunakan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib untuk meraih sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional, sokongan yang diharapkan tidak juga menjadi kenyataan. Rakyat masih berpusu-pusu menghadiri perhimpunan dan ceramah-ceramah parti pakatan rakyat. Setiap himpunan pembangkang mencapai angka 10,000 hingga ke 50,000 orang yang hadir. Kedatangan mereka tidak dipaksa, secara sukarela, tiada duit poket atau duit belanja disediakan bahkan mereka datang keluarkan wang sendiri sambil menderma. Begitulah keadaanya, umpan yang ditabur Najib tidak dimakan, kail dihulur tidak mengena.

yang dilaporkan hutang negara sudah mencapai lebih RM500 bilion. Jika pembangkang berjaya ke Putrajaya, hutang
inilah menjadi beban pertama yang harus ditanggung. Walau bagaimanapun tidak
mengapa, apa yang penting hasrat rakyat adalah satu iaitu untuk mengalihkan tempat duduk
Najib menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen dalam pilihan raya ke-13 yang akan
datang.
Biarkan Najib dan gerombolannya terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.
Biarkan Najib dan gerombolannya terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment