IKLAN

Sunday 2 December 2012

Dalam Keadaan Dirasuk Najib Kata Jangan Undi PKR, PAS Dan DAP

Ping my blog
Jelas kelihatan pada bahasa badannya (body language), pada intonasi suaranya tergambar isi hatinya dalam keadaan ketakutan untuk menghadapi  Umno BN bakal tersungkur. Lalu presiden Umno, Datuk Seri Najib menyeru kepada ahli Umno BN dan keseluruhan rakyat supaya menolak dan tidak mengundi pembangkang. Tangan kanan yang digengam ke dada umpama melafazkan ikrar supaya tidak memberi:


"Satu undi untuk PKR satu undi untuk kerosakan akidah dan sosial!"  Ini dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar yang dituduh membawa pluralisma agama dan Lesbian, Gay, Biseksual serta Transeksual (LGBT). Isu ini diputar dan diputar untuk menghancurkan karier politik Anwar. Makin Awar dihina semakin ramai orang hadir di majlis ceramah pakatan rakyat dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat, Himpunan Hijau ke Putrajaya dan lain-lain himpunan seumpamanya.

"Satu undi untuk PAS bermakna satu undi untuk kehancuran Islam!” Ditujukan kepada parti PAS dengan tuduhan menggunakan agama Islam dalam berpolitik. Kerana takutkan doa Pas supaya Umno BN jadi KO maka dituduh Pas mahu menghancurkan agama Islam.  Pas mahu melaksanakan Hudud dicemuh siang dan malam. Berbangga bersekongkol dengan MCA menghina hukum Allah tersebut. Maka sepatutnya doa untuk kehancuran Umno BN tersebut dilakukan setiap hari.

"Satu undi untuk DAP maksudnya satu undi untuk penindasan bangsa tercinta!” Tomahan kepada DAP sebagai parti perkauman.  Inilah tuduhan paling jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Umno terhadap DAP.  Apa yang sebenar berlaku ialah Umnolah parti perkauman yang sentiasa melakukan provokasi menakut-nakutkan bangsa Melayu supaya tidak memilih DAP. Tun Abdul Razak yang berhempas-pulas membina perpaduan negara tetapi anaknya Najib mahu perpaduan tersebut diruntuhkan kerana mahu kekalkan kuasa. Kebaikan yang DAP lakukan untuk agama Islam dan bangsa Melayu di Pulau Pinang  dinafikan dan  tidak langsung diiktiraf.

Selepas tamat Perhimpunan Agung Umno 2012, Sinar Harian Online telah membuka satu survey online berhubung dengan sokongan rakyat terhadap Umno BN dan Pakatan Rakyat.  Hasilnya sebanyak 89 peratus memihak kepada Pakatan Rakyat dan 11 peratus kepada Barisan Nasional. Dari apa yang dibentangkan ternyata bahawa kita akan menyaksikan Najib adalah presiden Umno BN yang terpendek khidmatnya dan juga perdana menteri terencat perkhidmatannya. 

Gerombolan Umno akan menyingkirkan Najib selepas pilihan raya ke-13 ini kerana kekalahan teruk Barisan Nasional.  Ini bukan main-main, ini betul-betul, bukan cubaan. In Shaa Allah.

No comments:

Post a Comment