IKLAN

Tuesday 11 December 2012

Ahli Umno Tidak Terpilih Sebagi Calon Jangan Merajuk

Ping Blog
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (klik) menyatakan anggota Umno yang tidak terpilih sebagai calon dalam piliha raya akan datang supaya tidak merajuk apabila tidak terpilih sebagai calon kerana akan merugikan parti dan diri sedndiri jika Umno BN kalah.


Ahmad Basha yang telah lama berpolitik masih tidak memahami sikap ahli-ahli Umno terutama ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua cawangan.  Datuk Seri Najib pernah berkata ‘depan kita angguk tapi di belakang kita lain pula jadinya”.

Manusia mempunyai perasaan, tunggu bila Najib mengumumkan calon-calon Barisan Nasional lebih-lebih lagi 'calon boleh menang' yang akan  meminggirkan orang kuat parti di peringkat bahagian dan cawangan.  Mereka telah memberi khidmat kepada parti tanpa mengira masa dan titik peluh mereka. Bolehkah mereka berdiam sahaja.?  Akibat daripada merajuk tidak terpilih akan ada pemimpin dan anggota Umno  tidak membantu calon pucuk pimpinan dan akan berlaku sabotaj.


Bercakap bukan kena duit cuma dengan air liur saja, kita juga ingin lihat jika Ahmad Basha tidak terpilih bolehkah beliau menahan perasaan supaya tidak merajuk?.  Bolehkah beliau dengan senang hati turun ke bilik gerakan dan bersama-sama turun berkempen untuk calon yang menggantikan beliau?.


Untuk rekod dalam pilihan raya ke-12 (2008) Datuk Ahmad mendapat 8232 undi sementara lawannya Rohani Bakar dari PKR mendapat 7874 undi iaitu kemenangan dengan majoriti 358 undi. Dalam majoriti yang begitu kecil mampukah Ahmad Basha mengekalkan kerusi Bakar Bata (N12).

No comments:

Post a Comment