Tun
Mahathir dalam kenyataannya (klik)selepas majlis Malaysia Petroleum Club di Menara Berkembar
Petronas (KLCC) menyatakan bahawa beliau akan berkempen melawan sesiapa sahaja
sekiranya seseorang itu tidak menunjukkan prestasi bagus. Beliau menafikan bersikap ‘double standard’
dengan membantu kempen perdana menteri 1Malaysia Datuk Seri Najib tetapi
menentang perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Mahathir
memuji apa sahaja tentang Najib, ini kerana agenda yang lebih penting bagi Mahathir
ialah semata-mata untuk menentukan karier politik anaknya Dato' Mukhriz iaitu
Ahli Parlimen Jerlun, Kedah. Mukhriz dikatakan akan diangkat menjadi menteri
besar Kedah sekiranya BN menang di Kedah dalam pilihan raya yang akan datang
ini. Agenda seterusnya yang lebih besar untuk Mukhriz penghujungnya ialah jawatan perdana menteri
Malaysia. Bolehkah?. Maka sebab itu
kenyataan demi kenyataan Mahathir dapat difahami seolah-olah sedang dikejar
kebimbangan dan ketakutan akan kebangkitan pakatan rakyat. Berbagai celaan dan
tohmahan ditujukan kepada pembangkang “negara ini akan musnah sekiranya
pembangkang memerintah”.
Sebenarnya yang akan memusnahkan negara dan sedang menggadaikan negara ialah petualang Umno dan Barisan Nasional.
Sebenarnya yang akan memusnahkan negara dan sedang menggadaikan negara ialah petualang Umno dan Barisan Nasional.
Kita
sama-sama tunggu nasib Mahathir, Mukhriz, Najib, Umno dan BN. Biarlah mereka terjun dengan labu-labu
mereka. BIARKAN. BIARKAN.
No comments:
Post a Comment