Dengar,
dengar. Dengar sini orang-orang Umno,
Jawatan dalam parti yang dipegang termasuk Ketua Umno Bahagian bukan tikit
untuk menjadi calon. Umno akan lantik
orang lain yang mempunyai pengaruh dan boleh menang akan diberikan keutamaan.
Bolehkah
apa yang dikatakan oleh Mustapha menjadi kenyataan, sedangkan Umno Pahang
sendiri meminta Najib memikirkan semula niatnya serta memberi pertimbangan kepada
calon dari Umno negeri, walaupun akur keputusan pucuk pimpinan. Di
sinilah bermulanya rajuk-merajuk, sabotaj-mensabotaj,
khianat-mengkhianati. Apabila calon
dinamakan kelak akan terdengar bilik gerakan malap tidak berlampu, ahli-ahli akar umbi tidak
berkempen tanda protes.
Ada
juga bisik-bisik daripada ahli-ahli Umno cawangan dan bahagian, ada baiknya juga pemilihan calon boleh
menang. Ini kerana kadang-kadang
ahli-ahli sudah meluat dengan gelagat YB sekarang (ketua bahagian) yang tidak turun padang, ego dan sombong. Lebih
baik gantikan dengan calon yang lain.
Walau
apa-apa pun biarlah mereka dengan labu-labu mereka. Mereka hendak terjun atau tidak BIARKAN.
BIARKAN.
No comments:
Post a Comment