IKLAN

Monday 10 December 2012

Janji Apa Susah. Janji Umpama Candu Pada Najib, Tepati Atau Capati Belakang Kira

Blog Ping Tool
Ke sana ke mari perdana menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib membuat janji, Janji Ditepati. Baru-baru ini kedatangan beliau di Pulau Pinang  untuk tepati janji, membuat janji lagi (sebenarnya janji ini janji lama diulang tayang) bahawa kerajaan Barisan Nasional akan membina 20,000 unit rumah mampu milik dan juga membina monorel.  Pembinaan akan dilakukan sekiranya rakyat mengundi BN.

Berbagai janji telah dibuat oleh Najib di setiap majlis yang melibatkan beliau.  Di hadapan rakyat Kelantan Najib berkata akan membangunkan Kelantan kepada yang lebih baik dengan syarat beri mandat kepada BN.  Janji Najib adalah janji yang bersyarat. Depan masyarkat Cina berjanji, depan masyarakat India berjanji. Semasa di Sabah dan Sarawak berjanji.

Di Batu Cave, Najib melalak berjanji sekiranya Barisan Nasional menang di Selangor maka kondominium di Batu Cave tidak akan dibenarkan dibina. Bersyarat juga. Banyak janji-janji BN yang tidak ditepati.  

Pada Najib berjanji jika tidak disebutkan janji-janjinya umpama tidak mendapat candu.

Selama ini siapakah yang paling kuat berjanji?. Sudah tentu Barisan Nasional.  Mereka yang mempunyai kuasa tidak dapat menunaikan janjinya.  Maka dijaja ke sana ke mari bahawa pakatan rakyat akan menjanjikan bulan dan bintang, tetapi tidak ditepati.  

Biarlah Najib berjanji. Berjanji tidak keluar modal tetapi jika ada kuasa dan mampu melaksanakannya dan tidak ditepati maka tergulunglah sebagai orang-orang yang munafik.

No comments:

Post a Comment