Peribahasa Melayu ada
menyebut “sarang tebuan jangan dijolok”, begitulah apa yang berlaku apabila bekas
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta bekas Pengarah Siasatan Jenayah
Komersil, Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff supaya menjawab kepada umum bagaimana
boleh mengumpulkan aset begitu banyak semasa berkhidmat. Sehubungan dengan itu pada 16 Disember, Datuk
Ramli telah membuat kenyataan bahawa sejak beliau
menyertai pasukan polis pada tahun 1970, beliau telah membuat 52
pengisytiharan kepada ketua jabatannya dan kesemuanya telah diluluskan
dan disahkan oleh Ketua Polis Negara (IGP) (klik).
Sebenarnya Kemeterian Dalan Negeri pernah membuat satu
laporan polis terhadap Musa Hassan melibatkan dakwaan rasuah jutaan ringgit, bahawa
penjenayah Moo Sai Chin membayar wang kepada beberapa pegawai termasuk Musa
pada 1999.
Ramli juga berkata berkemungkinan Musa iri hati terhadapnya
kerana beliau menerima keraian daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail dalam
satu majlis persaraan rasmi untuk beliau, sedangkan Ismail tidak meraikan
apa-apa majlis persaraan untuk Musa (klik).
Kita tunggu dan lihat apakah reaksi Musa Hassan terhadap
satu cabaran baru Datuk Ramli tersebut. Musa Hassan telah mendahului menjolok sarang tebuan dan sekarang tebuan mula keluar membawa sengat. Adakah ‘gayung
bersambut kata berjawab’? Tunggu.
No comments:
Post a Comment