IKLAN

Saturday, 14 April 2012

Ahmad Maslan Edar Risalah Transformasi Di Bandaraya

Ping Blog
Utusan, Berita Harian, The New Straits Time, TV3 dan media-media dokongan UMNO sewaktu dengannya, rupa-rupanya tidak dapat memberi keyakinan kepada orang ramai berhubung dengan program-program  taransformasi yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Ini kerana orang ramai tidak memperduli untuk mendengar atau melihat surat khabar atau TV akan apa-apa yang dihidangkan oleh BN selain daripada kemungkaran dan fitnah terhadap sesama insan.

Sehubungan dengan itu menyedari perkara ini  Ketua Penerangan UMNO merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan  bekerja keras dan mengambil tindakan untuk  mengedarkan kira-kira seribu risalah di ibu negara hari ini  yang mengandungi maklumat program-program yang dilancarkan oleh kerajaan BN bagi mengurangkan beban rakyat.

Menurut Ahmad Maslan, risalah tersebut akan menyenaraikan  antaranya Projek Perumahan 1Malaysia (Prima), Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Baucer Buku 1Malaysia dan juga petrol, gula, beras, tepung dan minyak masak yang disabsidi.  Tujuan maklumat  disalurkan supaya rakyat mendapat maklumat yang tepat yang dibuat oleh kerajaan.

Jadi selama ini maklumat tersebut memang tidak sampai kepada orang ramai, kerana media-media Umno tersebut tiada ruang  menyiarkan berita-berita tersebut  selain daripada fitnah memburuk-burukkan parti Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpinnya.

Syabas kita ucapkan kepada Ahmad Maslan  kerana inisiatifnya.  Kalau  surat khabar dan TV orang tidak berminat  apakah yang diharapkan  lagi oleh Ahmad Maslan.  Sama-samalah kita lihat adakah risalah tersebut dibaca atau dijadikan alas tempat duduk dimusim hujan ini.

No comments:

Post a Comment