IKLAN

Thursday, 19 April 2012

UMNO Patut Minta Ampun Pada DYM Raja-Raja Melayu


Ping Blog
Ramai puak-puak UMNO BN memuji tindakan pegawai perubatan, Dr. Rahman Kadir yang telah menimbulkan  isu kononnya pemimpin pakatan rakyat mengejek dan mempersendakan raj-raja Melayu ketika majlis pertabalan Yang DiPertuan Agong pada 11 April yang lalu.

Kini bersuara pula Presiden JATI, Datuk Dr. Hasan Ali yang mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat.  Hassan tanpa menyebut nama individu terlibat  mempercayai  apa yang dikatakan oleh  Dr. Rahman Kadir dalam blognya hanya dengan membayangkan  dan mentafsirkan ‘body language’ pemimpin-pemimpin  pakatan yang ditohmah semasa majlis itu. 

Hassan mempersoalkan kewajaran ahli Parlimen pembangkang terbabit sehingga boleh sanggup memperleceh, memperlekeh dan menghina pimpinan tertinggi negara dan 'batang tubuh' raja-raja Melayu. 

Adakah Hassan kenal Dr. Rahman Kadir.  Beliau sama saja dengan Dr. Hassan sendiri terdiri daripada orang-orang yang ‘desprate’.  Beliau juga seorang bekas ahli PAS yang 'desprate'. Yang membezanya ialah Dr Hassan ialah bekas Pesuruhjaya PAS.  Biasalah bagi orang-orang yang ‘desprate’ semasa dalam jemaah, PAS amat harum digambarkannya.  Serupa juga orang yang meninggalkan parti PKR, melakukan perbuatan menghina, mencaci  dan memfitnah terhadap bekas pemimpin mereka dengan alasan parti tersasar dari perjuangan sebenar. Biasalah.

Ke bawah duli-duli Raja-Raja Melayu tetap dijunjung sebagai payung rakyat berteduh sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.  Bangsa Melayu dalam apa saja wadah perjuangan politik mereka, tidak akan sanggup mencaci-cerca memperlekeh dan mempersendakan institusi raja. UMNO sendiri yang memperbesar-besarkan isu ini tanpa usul periksa.  

Hassan lupa sejarah. Siapakah penderhaka sebenar terhadap raja-raja Melayu diumpama sebagai payung kepada rakyat ini?

Jangan lupa dan buat-buat lupa. UMNO LAH YANG MENJATUHKAN MARUAH RAJA-RAJA MELAYU kerana hendak mengekalkan kuasa politiknya.  Selepas memalukan raja-raja Melayu sehingga sekarang tiada kata-kata keampunan oleh pihak UMNO terhadap Duli-duli Yang Mulia Raja-raja Melayu.


Adalah lebih baik sambutan meraikan Majlis Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ke-14 yang akan diadakan esok  pada Sabtu 21 April 2012 di Dataran Merdeka, diaturkan acara rasmi menjemput ke bawah duli-duli Sultan kesemuanya hadir mencemar duli untuk diadakan satu daripada aturcaranya adalah untuk Pemimpin-Pemimpin UMNO  beramai-ramai memohon ampun  terhadap raja-raja Melayu kerana mengaibkan raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dr. Mahathir.

Mampukah UMNO melakukannya. Sekarang bila terasa keadaan berada nyawa-nyawa ikan cepat-cepat capai talian hayat menggunakan nama raja-raja minta nyawa.  Allahu Akbar. Tuanku sekalian amat faham. 

No comments:

Post a Comment