Hari ini (3
April 2012) harga minyak petrol RON 97
dinaikkan lagi 10 sen menjadikan harga terbaru RON 97 ialah RM2.90 sen. Walau bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak kenaikan.
Apa-apa perkara yang dibuat oleh kerajaan BN tindakan akan dikenakan
kepada rakyat terlebih dahulu sebagaimana
slogan 1Malaysia kerajaan Barisan Nasional, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Bertuah sungguh rakyat Malaysia kerana kerajaan tidak pernah lupa pada rakyat.
Minggu
lepas kerajaan mengumumkan bahawa harga petrol RON95 kekal RM1.90 se liter
walau harga pasaran petrol dunia naik. Tidak
langsung menyebutkan harga petrol akan dinaikkan. Telah beberapa tahun kebelakangan ini kerajaan tidak mengisytiharkan sendiri
kenaikan harga sesuatu barangan. Ia akan
diumumkan oleh pihak kesatuan barangan tersebut. Samalah dengan petrol ianya disahkan oleh
Presiden Persatuan Pengedar Petrol Malaysia, Datuk Hashim Othman.
Apakah sebenarnya
yang diperjuangankan oleh kerajaan BN mendahulukan rakyatnya. Sebuah negara seperti Malaysia sebagai
pengeluar minyak dan gas tidak mampu merancang untuk kesejahteraan
rakyatnya. Rakyat sudah cukup terbeban
dengan berbagai pertambahan perbelajaan terutama bil-bil letrik, air, tol dan harga barang-barang
keperluan harian yang tidak terkawal.
Kerana
keperihatinan yang ditanggung oleh rakyat sekarang ini, maka Pakatan Rakyat
telah berikrar dengan penuh tanggungjawab untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat iaitu antaranya menurunkan
harga minyak petrol, menghapuskan pinjaman PTPTN kepada pelajar, mengambil alih
tol dan sebagainya bagi membantu rakyat. PM Najib kata negara akan bangkrap, itulah modal yang ada
dibibirnya.
Apakah cara
untuk memberi kemudahan kepada rakyat?.
Rakyat sendiri boleh menentukan samada mahu kekal ditindas susah atau
berubah kepada senang. Tidak perlu memerah tenaga hanya luangkan masa berfikir
cukup sekadar sejenak, selama 55 tahun
ini siapa sebenarnya pemimpin yang berkorban untuk rakyat?
No comments:
Post a Comment