IKLAN

Friday, 27 April 2012

Jangan Ganggu Benarkan Bersih 3.0 Berhimpun

Ping site
Padan muka Najib.  Sekumpulan pakar akademik telah menyuarakan kepada Najib supaya  tunjukkan bahawa transformasi demokrasi yang hendak dilakukan oleh Najib bukan satu omongan.  Mereka meminta Najib membenarkan Bersih 3.0 teruskan perhimpunan mereka untuk menyuarakan ketidakpuashati mereka terhadap SPR supaya menjadikan pilihan raya Malaysia satu pilihan raya yang adil dan bersih.

Sebagai Perdana Menterim Najib boleh saja mengeluarkan arahan kepada polis dan DBKL supaya tidak mengganggu himpunan Bersih 3.0 supaya berjalan dengan aman.   Najib berulang kali menyuarakan ikrar pentadbirannya  dengan agenda reformasi dan tranformasi.  Maka inilah masa Najib untuk membuktikan  jika beliau percaya kepada demokrasi dan pilihan raya bersih dan adil

"Benarkan bersih diteruskan dengan aman." Kata-kata sekumpulan pakar akademik.
 
Sejak malam 27 April lagi telah puluhan ribu rakyat berkumpul di persekitaran Dataran Merdeka tanpa dipaksa, diupah atau dibawa dengan bas yang disediakan.  Mereka datang secara sukarela dari seluruh pelusuk negara dengan belanja mereka sendiri berkereta, menaiki bas, kapal terbang, bermotosikal secara berkonvoi, membonceng motorsikal, menumpang lori  dengan apa saja cara dengan tujuan untuk sampai di Kuala Lumpur.  Tidur di hotel-hotel besar, hotel budget dan menumpang rumah kawan dan saudara-mara hanya kerana ingin mengambil bahagian untuk bersama-sama dengan satu tujuan  mahukan SPR menjalankan tugas yang adil membersihkan daftar undi agar dapat digunakan dalam satu pilihan raya yang adil dan bersih dalam satu amalan demokrasi

Peserta-peserta dengan tenang secara berperingkat memenuhi kawasan persekitaran jalan-jalan yang berhampiran dengan Dataran Merdeka.  Mereka faham akan perintah mahkamah yang diperolehi oleh polis dan mereka tidak akan melanggarnya.  Mereka akan memenuhkan ruang-ruang yang tidak disebutkan dalam perintah tersebut.  Mereka juga akan mematuhi arahan Ketua Polis Kuala Lumpur tidak akan mengadakan demonstrasi secara bergerak  atau berarak.

Apa yang dapat dilihat di internet hampir 10 ribu peserta telah berhimpun kira-kira jam 2 pagi.  Diharap pihak polis tidak mengambil tindakan provokasi terhadap mereka.  Jika kita tidak membantah apa yang dilakukan oleh SPR dan kerajaan UMNO BN, maka tujuh keturunan rakyat Malaysia akan ditekan oleh Najib dan sepupunya. Hishamuddin telah mengeluarkan kenyataan bongkak, beliau yang tidak akan bertanggung jawab apa-apa yang akan berlaku pada hari ini.   Whatever happens tomorrow, my duty's done. Cukup sombong kenyataan anak bangsawan ini yang tidak pernah merasa susah hidup rakyat.

Ya Allah bagilah Hidayah kepada mereka.

No comments:

Post a Comment