IKLAN

Monday, 23 April 2012

LGBT dan TIBAI Bergiat Kerana Anwar Ibrahim

Blog Ping Tool
Semalam 22 April terdapat perhimpunan menentang gerakan yang memperjuangkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta setiap pengamal seks songsang. Dalam perhimpunan menentang LGBT beberapa kertas kerja dibentangkan.  Saya cukup setuju perkara ini diadakan supaya masyarkat tahu apa makna  LGBT tersebut. 
 
Gerakan anti LGBT ini mahukan Anwar Ibrahim dilucutkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat.  Kita pun  ingin mengetahui juga selain daripada tujuan LGBT adalah untuk menyerang Anwar Ibrahim, apakah tindakan lain yang akan dilakukan oleh ngo ini. 

Adakah Ngo ini akan menjalankan operasi bersama-sama pihak polis menangkap ‘mak nya-mak nya yang ada di Kuala Lumpur ini terutama di lorong-lorong Haji Taib.  Atau masuk ke kelab-kelab malam merempoh kumpulan LGBT ini.  Kalau tujuanya hanya  untuk menyerang Anwar  baik lupakan saja. 

Tapi satu kenyataan bodoh daripada seorang pemimpin PAS Nasarudin Mat Isa mengaitkan pula LGBT dengan Ambiga dengan mengatakan Ambiga tidak layak memimpin Bersih 3.0 kerana memperjuangkan LGBT. Jelas  sekali  Nasarudin sudah mempolitikan isu LGBT ini. Nasib baik kau tunjukkan belang kau.  Tunggu saja Nasarudin.

Kemudian pada hari yang sama satu lagi majlis Pelancaran Kelab TIBAI iaitu Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim yang dirasmikan oleh Presiedn Pertubuhan Peribumi  (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.   Kelab tersebut ditubuhkan bekas-bekas pemimpin dan pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi menyedarkan rakyat supaya menolak Anwar kerana Ketua Pembangkang itu bertanggungjawab dalam mencetuskan pelbagai masalah kepada negara termasuk soal keselamatan.

Kelab ini  diketuai bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Muhammad Zahid Md. Arip sebagai Mursyidul Am TIBAI manakala seramai 28 bekas pemimpin parti itu dilantik ahli majlis syura dan mereka akan menggerakkan segala usaha bagi memastikan cita-cita Anwar untuk bergelar Perdana Menteri dihalang. 

Dalam perasmian tersebut terdapat  beberapa ceramah disampaikan oleh bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad; bekas pengasas PKR, Ng Yum Yong; bekas Exco Angkatan Muda PKR, Ghani Haron dan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin.

Kelab ini lebih fokus ditujukan kepada Anwar Ibrahim. Halang Anwar supaya tidak dapat memegang jawatan Perdana Menteri.  Kepada Tibai janganlah salah tafsir. Anwar hanya sebagai pencetus kepada perubahan-perubahan yang akan berlaku di Malaysia apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil-alih Putrajaya.  Pakatan Rakyat sudah membuat pilihan, jika pakatan rakyat berjaya memenangi pilihan raya tidak semestinya Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia. Janganlah takut. Tapi kalau nak teruskan perjuangan untuk tibai Anwar hari-hari teruskanlah.  Takut-takut nanti kita pula kena tibai.
 
Percayalah Qada dan Qadar itu ketentuan Allah. Sekiranya tuhan telah tentukan Barisan Nasional menang dan berkuasa lagi. Terimalah itu yang telah ditentukan oleh Allah. Begitulah sebaliknya sekiranya Pakatan Rakyat menang patut juga kita terima ketentuan Allah.

No comments:

Post a Comment