IKLAN

Tuesday, 17 April 2012

Hassan Ali, Jangan Beri Satu Undi Kepada Pakatan Rakyat

BlogPingTool.com
Terpanggil untuk mengulas kenyataan Pengerusi Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam ceramahnya di Alor Setar dengan menggesa agar pengundi Kedah tidak memberi undi kepada Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai oleh  PKR, DAP dan PAS pada pilihan raya ke-13 yang akan datang dengan alasan  semata-mata tidak boleh bergantung harap pada gabungan itu.

Menurut Hassan, DAP tidak akan memperjuangkan dan memertabatkan agama Islam dan Melayu dan mendaulatkan raja. Ketua umum  PKR pula tidak menyokong negara islam dan undang-undang hudud.  PKR dan DAP memesongkan perjuangan PAS.  Oleh itu jangan beri walau satu undi pun kepada DAP, jangan beri walau satu undi pun kepada PKR dan jangan beri walau satu undi pun kepada Pas.

Itulah kenyataan Hassan Ali dan akan diulang-ulang dalam siri ceramahnya  menjelajah Semenanjung.  Pihak pakatan harus bersyukur kerana telah dapat mencabut  dan mengasingkan parasit yang berbahaya yang sempat dikesan lebih awal daripada bertapak lebih dalam lagi  dalam batang tubuh PAS.  Awal tak awal pun jika diambil kira selepas pilihan raya 2008 hampir empat tahun. 

Menuduh DAP tidak  memperjuangankan islam adalah tidak benar.  Setiap tahun peruntukan bajet untuk agama islam sentiasa bertambah di Pulau Pinang. Tahun ini sahaja sebanyak RM62 juta telah diluluskan. Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP telah mengasingkan hasil kutipan daripada judi, arak dan yang tidak halal berasingan akaun. Kalau beri UMNO selama 55 tahun memerintah tidak sebanyak mana boleh diharapkan.

Penyebab kenapa Hassan terjadi demikian hanya YB Khalid Samad sahaja yang boleh menerangkan sepenuhnya.  Syukur juga Hassan Ali tidak terpilih menjadi Menteri Besar Selangor, apa akan jadi kepada  politik  negeri  Selangor, Allah sahaja mengetahui.


Dari kenyataan Hassan dapat kita simpulkan  arah sebenar arus politik beliau  (Bergambar dengan Big Dog (bloger UMNO) dan Zaini Hassan, Pengarang Utusan Melayu).  Beliau adalah rakan karib kepada UMNO dan juga Perkasa. UMNO cukup senang hati apabila Hassan membuat program JATI turun padang,  sekurang-kurangnya Hassan telah membantu sebahagian daripada kerja UMNO. Ini kerana apa yang Hassan perjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR)  serupalah dengan UMNO.  Perkara tersebutlah yang selalu diperbesarkan oleh UMNO  bagi menakut-nakutkan orang Melayu jika  ketiga-tiga perkara itu tidak dapat dijaga orang Melayu tiada kuasa lagi di Malaysia.  Hanya UMNO sahaja yang boleh memerintah negara Malaysia.

Tunggu  dan lihat,  ditakdirkan Allah  Pakatan Rakyat dapat mengambil Putrajaya kemanakah arah perjuangan Hassan Ali dan JATInya selepas ini.

No comments:

Post a Comment