Pada 8 April 2012 tamat tempoh perkhidmatan Dato’ Shahrizat
Abdul Jalil sebagai Senator. Serentak
dengan itu secara otomatik beliau tidak lagi memegang jawatan Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Sekarang Shahrizat menjadi orang biasa dan bukan lagi sebagai
wakil rakyat. Walau bagaimanapun beliau
kekal dengan jawatan parti sebagai Ketua Wanita UMNO. Ada beberapa desakan termasuk dari
Naib Ketua Wanita, Dato' Kamalia Ibrahim meminta supaya beliau melepaskan jawatan Ketua
Wanita UMNO tersebut, ini memandangkan terdapat
ejekan-ejekan yang diterima menggelarkan wanita UMNO adalah wanita lembu.
Walau bagaimanapun Shahrizat bernasib baik, terdapat lima
Ketua Wanita UMNO negeri yang menyokong beliau.
Ini ditambah lagi sokongan bonus Najib kepadanya supaya Wanita memberi sokongan
kepada beliau.
Berikutan kekosongan
jawatan tersebut, Dato Seri Najib telah mengumumkan bahawa beliau akan
mengambil alih tugas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
disamping tugas hakikinya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Ada beberpa faktor dan andaian yang boleh dibuat mengapa
Najib tidak melantik wakil rakyat BN yang lain bagi mengambil alih jawatan tersebut,
Pertama, kemungkinan jika perlantikan dibuat bermakna menteri baru hanya
memegang jawatan dalam tempoh yang singkat dan tidak dapat melaksanakan apa
yang dirancang. Mandat kerajaan BN akan berakhir sehingga April 2013.
Kedua, kemungkinan Najib akan membubarkan parlimen dalam
tempoh sebulan dua ini. Jika benar apa
yang dicakap-cakap dan diramalkan selama ini kemungkinan pilihan raya diadakan pada bulan Jun 2012 adalah tepat.
Selama ini adalah menjadi amalan Najib kebanyakan perlantikan jawatan
Menteri dan Timbalan Menteri adalah dipilih dari kalangan senator-senator. Ini seolah-olah
Najib lebih mempercayai orang luar daripada Ahli Parlimen yang dipilih
rakyat. Mereka bagaikan tidak dihargai.
Lihat sahaja bagaimana Dato' Maznah Mazlan, sebagai seorang Adun bagi Muazam Sham, Pahang telah
dilantik sebagai Senator oleh Najib bagi membolehkan beliau menjawat jawatan
Timbalan Menteri Sumber Manusia. Apakah rasional perlantikan tersebut. Adakah Barisan Nasional kekurangan pemimpin?.
Sempena Najib memegang tugas Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat diucapkan selamat menjalankan tugas. Jika masin
mulut ahli UMNO mungkin ketiga-tiga jawatan yang dipegang tersebut adalah jawatan yang terakhir buat Dato’ Seri Najib.
No comments:
Post a Comment