IKLAN

Wednesday, 18 April 2012

'Altantuya The Movie' Pakatan Rakyat Akan Sambung Filem

BlogPingTool.com
Sungguh menarik apa yang disuarakan oleh Timbalan Presiden PAS,  Mohamad Sabu yang akan menyiapkan filem “Altantuya” sekiranya Pakatan Rakyat diberi kuasa mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional. Beliau berkata demikian dalam ceramahnya di Nibong Tebal.  Orang ramai yang mengikuti ceramahnya bersorak tanda setuju.  

Betul juga apa yang diperkatakan oleh Timbalan Presien Pas tersebut.  Sesuatu filem yang dibuat hendaklah disiapkan dengan perjalanan cerita yang baik, jangan menyerahkan kepada penonton untuk memikirkan pula 'ending' nya. Rugi duit menonton.
  

Cerita Altantuya yang ada  tersebut umpama sebuah filem yang tergantung.  Semua mengetahui beliau di bawa oleh dua orang anggota polis Azila Hadri dan Sirul Azhar Umar ke Bukit Cerakah dibunuh dan diletupkan dengan menggunakan bom C4.  Cerita ini diperolehi daripada perjalanan perbicaraan di Mahkamah.   Dalam perbicaraan tersebut tidak langsung menyebut siapakah manusia yang mengarahkan supaya Altantuya dibunuh dan dihapuskan buktinya.
 
Sebab itu ramai orang bersetuju cerita Altantuya The Movie ini diselesaikan filemnya dengan melantik pengarah baru yang berwibawa  yang boleh meyakinkan penonton apabila menontonnya.  Serupalah dalam filem-filem lain  yang ada sekarang seperti  Superman Part I disambung Superman Part II dan sebaginya.

Satu-satu filem yang box office biasanya seperti filem barat mengambil masa 6 atau 7 tahun untuk disiapkan shootingnya ini berlaku kepada filem Cleopatra, Ben-Hur dan sebagainya.  Yang paling penting kejayaan satu-satu filem bukan bergantung kepada usaha pengarah seorang tetapi krew-krewnya dan juga producernya.

Kalau niat Mohamad Sabu itu betul, bukan sahaja orang yang menyokong pakatan rakyat yang ingin tahu pengakhiran ceritanya, rakyat Malaysia keseluruhannya juga berminat.  Sebab perkara ini sentiasa berada didalam kotak fikiran rakyat.   

Kalau benarlah filem ini akan disambung dan disiapkan, semua rakyat akan beri sokongan kepada hasrat Mohamad Sabu untuk menjayakannya melalui Pakatan Rakyat  New Production House yang akan beribu pejabat di Putrajaya. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment