IKLAN

Friday, 13 April 2012

Mahasiswa Pro-Kerajaan (GPMS) Turut Sama Bantah PTPTN Di Dataran Merdeka

Ping site
Isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan berpanjangan  terutama menjelang pilihan raya ke 13 ini.  Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataannya  menyebut pinjaman PTPTN berjumlah RM43.6 bilion dapat diselesaikan dalam tempoh tiga tahun melalui penjimatan perbelanjaan dan bayaran daripada syarikat-syarikat  kerajaan (GLC) yang untung seperti Petronas.

Janji Pakatan untuk menghapuskan PTPTN rupanya bukan disambut oleh kelompok pro-pakatan tetapi  setiap rakyat Malaysia terdiri daripada ibu bapa dan orang ramai yang dahulunya pelajar.  Kini muncul pula Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) iaitu mahasiswa pro-UMNO bakal menyertai perhimpunan mendesak pemansuhan PTPTN yang bakal diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini (14 April).  Turut sama ialah kumpulan mahasiswa dari Kelantan, Terengganu dan Johor.  Perkara disahkan sendiri oleh pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang.

Kerajaan BN cukup bimbang dan nampak sangat gabra apabila isu ini akan didendangkan oleh pihak pakatan rakyat dalam setiap sesi ceramahnya untuk menerangkan bahawa pinjaman  PTPTN boleh dimansuhkan dan bagaimana penyelesaiannya untuk tidak membebankan rakyat bagi mendapatkan pendidikan percuma hingga ke universiti. Isu ini tiada sebarang respon daripada pihak kerajaan terutama Kementerian Pengajian Tinggi., kalau ada pun ianya daripada parti-parti politik tertentu.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan sebagi mengulas kepada niat pembangkang tersebut  lebih sebagai satu penghinaan kepada peminjam. Ahmad Maslan menyifatkan tindakan pembangkang sebagai mencari ‘populis sembrono’ dan cadangan tersebut disukai oleh mereka yang berhutang.

Satu kenyataan Ahmad Maslan keluarkan macam orang bodoh apabila meminta pembangkang menghapuskan segala hutang-hutang rakyat Malaysia.  

Menurut beliau akibat daripada tindakan pembangkang menyebabkan negara bankrupt. Pelajar malas belajar, tiada berdaya saing dan juga mengajar rakyat tidak bertanggungjawab.  Kenyataan menteri-menteri dalam komponen BN juga sama nadanya terutama yang populis iaitu "Negara akan bankrup".  Perlu diingat orang yang mula-mula mengatakan negara ini akan bankrup akibat pentadbiran BN ialah Idris Jala. Bukan pakatan rakyat.

Ahmad Maslan sepatutnya berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan.  Setiap pelajar  mempunyai target untuk dicapai bagi kemajuan diri mereka.  Ianya tiada kena mengena dengan ‘tidak payah membayar hutang’.  Mereka sudah semestinya bertanggungjawab kepada diri mereka sendiri dan keluarga untuk kesejahteraan masa depan. Ini yang disuarakan oleh pakatan rakyat, pelajar boleh belajar dalam keadaan yang tenang tanpa berfikir selepas tamat belajar kena tanggung hutang. Bukat sedikit.

Rakyat sekarang sudah nampak jelas  dan memahami tujuan sebenar memansuhkan PTPTN.  Perbadanan PTPTN masih diwujudkan bukannya sebagai tempat meminjam wang tetapi mentadbirkan pengagihan bantuan kewangan kepada pelajar, kepada IPTA dan juga Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).


Tindakan yang diambil oleh pelajar pro-pembangkang dan pro-kerajaan untuk turun di Dataran Merdeka harus dipuji kerana sesuatu yang memberi kebaikan harus diperjuangan bersama-sama.  Ini termasuklah isu seperti menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.  Di Malaysia ini ada juga NGO-NGO yang tidak menggunakan otak bila memperjuangkan sesuatu, kita berjuang untuk kepentingan rakyat mereka memperjuangkan untuk perut dan untuk jadi wakil rakyat.



No comments:

Post a Comment