IKLAN

Thursday, 12 April 2012

NGO Pulau Pinang Bantah BERSIH 3.0

Ping my blog
Semalam (12 April)  dilaporkan 18 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Pulau Pinang telah mengadakan protes iaitu meminta rakyat Malaysia tidak menyokong dan menghadiri Himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 28 April ini.  Presiden Persatuan Tanjung Melayu, Fadzil Shuib menyatakan bahawa perhimpuanan tersebut didalangi segelintir pemimpin yang hilang hala tuju bertujuan mewujudkan suasana huru-hara di negara ini.  Penganjur Bersih 3.0 itu merupakan ejen pemimpin politik di negara ini yang mempunyai agenda tersembunyi demi untuk mendapat semula kuasai politik.

Sebenarnya  18 NGO-NGO yang memprotes perhimpunan Bersih 3.0 tidak faham apakah itu perjuangan BERSIH?. 


BERSIH adalah sebuah jawatankuasa gabungan yang terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat sivil dan parti-parti politik dengan matlamat utama untuk memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia.  Bersih menuntut supaya dilaksanakan  8 perkara:

1.      Bersihkan senarai undi
2.      Mereformasikan undi pos
3.      Gunakan dakwat kekal
4.      Masa kempen minima 21 hari
5.      Akses media yang bebas dan adil
6.      Kukuhkan institusi awam
7.      Hentikan rasuah
8.      Hentikan politik kotor.

Sehingga kini apa yang diwarwarkan hanya satu daripada lapan tuntutan Bersih diterima iaitu penggunaan dakwat kekal bakal digunakan.  Itu pun tunggu dan lihat, takut virus penyakit flip-flop merebak pula di SPR.  

Jika tidak faham biji-butir janganlah terikut-ikut rentak Perkasa yang sangat perkasa mengeluarkan amaran kepada masyarakat Islam di negara ini supaya tidak menyertai himpunan Bersih 3.0  hanya kerana perhimpunan tersebut diketuai oleh Dato’ Ambiga Sreenevasan yang dikatakan anti-islam.

Janganlah kerana hasutan segelintir  ketua NGO tanpa berfikir tiba-tiba muncul membuat kenyataan Bersih akan mewujudkan suasana huru-hara, mempunyai agenda tersembunyi untuk dapat semula kuasa politik.  Untuk pengetahuan NGO-NGO,  perjuangan Bersih sebenarnya adalah perjuangan rakyat untuk anak-cucu dan keturunan rakyat Malaysia bagi menentukan sistem demokrasi yang asas (pilihan raya) ini tidak diselewengkan oleh orang-orang yang telah diberi amanah di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).  Kitalah generasi dipertanggungjawabkan oleh anak-cucu kita  untuk menjaga negara dari tangan-tangan yang dilaknati Allah.

Sehingga kini walaupun bantahan-bantahan dibuat, makin bertambah lagi senarai-senarai pemilih yang meragukan yang dikatakan  berjumlah mencecah 400,000 yang belum bersih.  Baru-baru ini  YB Datuk Mahfuz Omar mengeluarkan pula kenyataan bahawa adanya ‘task force’ memberi kad pengenalan Malaysia kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi di pihak BN. Pemilih-pemilih terdiri daripada isteri anggota polis dan tentera didalam senarai pengundi pos dan juga nama-nama yang diakatakan diklon. Allahu Akbar.

Berdasarkan  perkara-perkara yang dinyatakan tersebut, maka Perhimpunan Bersih 3.0 diadakan sebagai kesinambungan kepada Bersih 2.0 bagi mendesak kerajaan terutama SPR mengambil tindakan terutama pembersihan daftar pemilih sebelum pilihan raya ke-13 di adakan. Hanya menerusi pilihanraya yang bebas dan adil sahajalah, rakyat Malaysia mampu untuk menentukan nasib mereka sendiri  di Malaysia.

Perhimpunan yang bakal diadakan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka hanyalah perhimpunan 'DUDUK BANTAH' dan bukannya untuk membakar Bangunan Datuk Abdul Samad (Jam Besar) dan mencetuskan huru-hara sebagaimana yang dituduh.

Oleh itu kepada 18 NGO-NGO Melayu  Pulau Pinang tersebut fahamilah apa yang rakyat Malaysia perjuangkan melalui BERSIH 3.0 tersebut. Janganlah tinggal di dalam  tempurung kelapa yang sama dengan Ibrahim Ali, keluarlah  bertukar kepada tempurung kaca supaya jelas  dapat melihat perkara-perkara yang berlaku di luar kotak Pulau Pinang. Semoga Allah membuka minda anda semua. Amin.

No comments:

Post a Comment