IKLAN

Saturday, 28 April 2012

HEBAT BERSIH 3.0

Ping Blog
Saya merasa kesal kerana tidak dapat sama menyertai Himpunan Bersih 3.0 kerana terpaksa menghadiri majlis perkhawinan anak bisan saya di Ampangan, Seremban. 

Sebelum bergerak ke Seremban pada jam 11.00 pagi saya menerima panggilan telefon daripada sahabat saya dari Seberang Perai bertanyakan dimana saya berada.  Saya maklumkan kepadanya saya akan ke Seremban.  Apa yang menyedihkan saya ialah apabila beliau mengatakan bahawa beliau berada di Masjid Negara menunggu untuk menerima arahan lanjut Bersih.

Saya berada semula di Kuala Lumpur kira-kira jam 2.40 petang.  Semua jalan-jalan untuk masuk ke kawasan persekitaran Dataran Merdeka telah ditutup.  Tiada kenderaan yang dibenarkan masuk.  Jadi terpaksalah  ikut Jalan Istana Negara lama dan terus ke Jalan Duta dan ke rumah di Segambut.

Tidak tunggu lama terus ke desk top dan melayari internet.  Dari satu ke satu gambar yang dilihat jatuh menitis air mata. Sungguh tidak menyangka sambutan rakyat terhadap Bersih 3.0 sangat hebat.  Semua bangsa turun dengan satu tujuan yang sama untuk menuntut SPR bersihkan senarai daftar pengundinya untuk pilihan raya akan datang ini.

Jika diamat-amati pada senario hari ini, Allah Maha Mengetahui  maka bersedialah UMNO BN menerima keputusan rakyat yang sekarang telah dipahatkan di dalam hati mereka semua iaitu BERUBAH.

No comments:

Post a Comment