Pihak polis FRU yang mengawal dan bertugas di Dataran Meredeka harus pulang ke stesyen
mereka semula pada petang 28 APRIL. Sebenarnya
mereka harus kosongkan tangki-tangki air mereka, kalau tidak lori-lori mereka berat.
Oleh itu untuk mengosongkan tangki-tangki tersebut untuk tidak membazir
maka mereka gunakanlah untuk menembak peserta himpunan Bersih. BODOH BETUL KENYATAAN
ini.
Kalau dilihat daripada video-video yang ada, kekasaran polis menggunkan gas
pemedih mata bermula apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abang Mat Sabu dan Azmin
Ali serta pemimpin pakatan yang lain berada di persimpangan Jalan Tun Perak. Semasa itu pula terdapat empat orang pemuda
yang memakai jaket dan tidak memakai T-shirt Bersih mula mengalihkan sekatan kon-kon dan membuka dawai-dawai seolah-olah mahu memberi laluan kepada peserta
himpunan Bersih masuk ke Jalan Dataran Merdeka.
Maka pihak polis terus menembak gas pemedih mata dan menggunakan pancutan air bagi memaksa orang ramai bersurai dari mendekati Dataran Merdeka.
Peserta himpunan terperangkap kerana terlalu ramai dan tersepit antara
mereka untuk berpatah ke belakang.
Ketika inilah pihak polis mula mengganas dengan mengejar peserta-peserta
dengan menumbuk dan menendang dan memukul mereka.
Ada mangsa menghadapi serang berbelas anggota polis umpama melepaskan geram seorang demi seorang ikut giliran. Lihat sahaja video klip di sebelah menunjukkan anggota polis trafik membelasah salah seorang mangsa.
Malam tadi TV menjilat najis meraikan berita mereka dengan menuduh dan mengelarkan peserta himpunan umpama penganas termasuklah berita sebuah kerta polis diterbalikkan.
Pagi ini akhbar munafik telah putar dan putar berita yang berlaku dalam Himpunan Bersih 3.0. Akhbar Harakah harus dipuji kerana telah menerbitkan edisinya untuk hari ini dengan pantas dengan menyiarkan peristiwa Bersih 3.0 serta keganasan polis. Biarlah rakyat melihatnya.
Dalam website Youtube banyak rakam-rakaman yang dihantar dapat dimuat turun dapat menjelaskan keadaan yang berlaku sebenarnya dalam Himpunan 3.0. Lihatlah.
Dalam website Youtube banyak rakam-rakaman yang dihantar dapat dimuat turun dapat menjelaskan keadaan yang berlaku sebenarnya dalam Himpunan 3.0. Lihatlah.
No comments:
Post a Comment