IKLAN

Thursday, 19 April 2012

Skandal Menteri-Menteri UMNO BN

Ping Blog
Satu demi satu kemungkaran dan perilaku pemimpin-pemimpin UMNO BN terdedah.  Bagai peribahasa Melayu menyebut sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga. Ini tidak terpakai kepada tupai terbang.

Dari skandal rasuah, salahguna kuasa, sehinggalah skandal pemimpin dengan artis belaan dengan bayaran-bayaran bujukan kasih sayang yang tidak tergambar jumlahnya  yang terlibat.

Pemimpin negara No.1 Dato’ Seri Najib telah digambarkan sebagai  seorang yang boros menggunakan wang awam untuk faedah dirinya dan keluarga mengadakan majlis pertunangan anaknya hampir mencecah angka RM400 ribu, dan perbelanjaan majlis harijadinya sendiri hampir RM80,000. Ini tidak termasuk belanja untuk mempromosi diri beliau di saluran BBC. 

Sementara itu keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dapat pinjaman mudah kerajaan RM250 juta  bagi projek National Feedlot Centre (NFC) berbelanja sakan diluar daripada hasrat pinjaman tersebut.

Kesah seorang anak Menteri kabinet yang hidup mewah dengan kereta mewah juga mempunyai bodyguard terlibat dalam satu pergaduhan dengan pegawai keselamatan di sebuah kondominium di Mont Kiara juga menjadi tajuk berita dan sembang rakyat.
 
Berita mengenai Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan adiknya Anifah yang dikatakan terlibat  dalam aktiviti ‘money loundering’ menjana kekayaan dalam bank akaun di Hong Kong. Dikatakan juga  terpalit sama dikaitkan ialah Peguam Negara, Gani Patail dalam berkonspirasi menutup kes dari membuat pertuduhan terhadap kedua-dua mereka.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di Selatan tanahair yang dikatakan terperangkap kerana  berada sama dalam satu pemeriksaan operasi maksiat  di sebuah Kelab Dangdut dilaporkan dalam sebuah media.

Kini berita terbaru dan panas  pula timbul dari kenyataan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin di lobi Parlimen mengenai penglibatan seorang Menteri terlibat dengan seorang artis serta pemberian wang tunai yang banyak ke akaun artis tersebut dalam tempoh empat bulan (Oktober 2011 hingga Januari 2012) telah mencecah RM1.5 juta.  Menurut Zuraidah pada Oktober 2011 terdapat dua transaksi RM36,000 dan RM22,000. November 2011 RM112,000. Disember 2011 RM330,000 dan Januari 2012 RM510,000. 
 
Menurut Zuraida berita ini pecah apabila pemandu peribadi artis tersebut membuat laporan polis pada 13 Mac  berikutan satu  laporan polis dibuat oleh artis tersebut pada 3 Mac  yang menuduh beliau (pemandu)  melarikan duitnya berjumlah RM200,000.

Zuraida telah meminta masa dalam tempoh 7 hari bagi menjelaskan lebih lanjut mengenai menteri dengan  artis tersebut bagi mendesak satu siasatan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Zuraida harus  faham, menteri bukahkah banyak duit, kalau tak cukong yang beri, kroni yang beri, atau gunakan wang rakyat.  Atau mungkin duit sendiri yang dikumpul dari kecil. Sila lihat Malaysia Chronicle.

Inilah ketentuaan Allah untuk  menunjukkan sesuatu. Apabila terlalu sangat menunjukkan kuasa dan berbangga diri akan berlaku perkara yang mengaibkan menimpa diri. 

Kita boleh bersembunyi sedalam lubang mana sekalipun, Allah tetap melihatnya. Kalau Allah kata Kun Fa Yakun. Maka Jadilah.

No comments:

Post a Comment