Tiga janji Pakatan Rakyat iaitu memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menghapuskan kutipan tol dan gaji minima RM1500 amat mengelisahkan kerajaan Barisan Nasional. Berbagai cemuhan yang dilemparkan terhadap
parti Pakatan Rakyat terutama Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim
menyifatkan kenyataan Anwar adalah untuk mempolitikkannya terutama isu PTPTN
bagi meraih sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Tindakan pembangkang boleh menyebabkan golongan muda iaitu mahasiswa terpedaya dan memandang serong kepada
kerajaan.
Selain daripada ahli politik, isu ini juga diulas oleh Ketua
Penyelidikan dan Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor
Negara (MPN), Prof. Dr. Shazali Abu
Mansor yang menyatakan usaha pembangkang
tersebut akan melibatkan sejumlah wang RM200 bilion
setahun itu hanya akan menyebabkan negara terpaksa meningkatkan cukai dan
membuat pinjaman dari negara luar. Beliau mengigatkan pembangkang bahawa
kedudukan kewangan sekarang belum stabil, maka secara logik tiga janji itu
memang akan melibatkan peningkatan perbelanjaan.
Usaha yang dibuat oleh Pakatan Rakyat tersebut adalah selepas meneliti bahawa
pinjaman PTPTN adalah satu beban yang perlu ditanggung oleh
pelajar-pelajar selepas enam bulan
menamatkan pelajaran. Samada mereka
telah mendapat pekerjaan atau tidak mereka harus memulakan ansoran pinjaman
mereka. Jika tidak mereka akan disenarai
hitamkan.
Bagi seorang yang masuk dalam alam pekerjaan gaji permulaan yang mereka
terima bukanlah begitu tinggi. Terpaksa
membayar kepada PTPTN membebankan dan disamping menanggung kos-kos
lain sara hidup. Sebab itulah
Pakatan Rakyat mahu memansuhkan PTPTN dan bukannya menjadikan satu modal politik. Bukan mencari
populis sembrono sebagaimana dikatakan oleh Najib.
Memandangkan isu ini menjadi panas,
Pemuda UMNO telah mengadakan Persidangan
Meja Bulat Mahasiswa berhubung isu pinjaman PTPTN. Mereka telah membuat resolusi iaitu dari Aspek pinjaman, Aspek pembayaran,
Aspek Tabun SSPN dan Aspek Komunikasi. Resolusi ini akan disampaikan kepada
Perdana Menteri. Tiada apa yang menarik kepada
persidangan tersebut selain meminta mempertimbangkan memansuhkan
bayaran perkhidmatan 1% yang sekarang dikenakan kepada peminjam. Berbeza dengan hasrat pembangkang mahukan
pinjaman PTPTN dimansuhkan secara total.
Hasrat pembangkang merisaukan
pihak-pihak yang mengendalikan institusi pengajian swasta. Jangan salah faham. PTPTN tetap ada
disalurkan kepada pelajar tetapi bukan dalam bentuk pinjaman tetapi sebagai
tanggungjawab kerajaan terhadap rakyatnya.
Institusi swasta masih berjalan seperti biasa dibayar kepada institusi
berdasarkan kepada pelajar yang menuntut di kolej mereka.
Tidak payahlah mempersendakan hasrat Anwar yang menyebut ‘kalau’ Pakatan
Rakyat berkuasa. Setiap orang yang sebelum melakukan sesuatu sudah tentu dimulakan niat ‘kalau’. Jika Allah memberi laluan dan memakbulkan usaha ke arah itu maka bukan lagi ‘kalau’.
Serupalah dengan Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk
Razali Ibrahim semasa bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda tentu memasang niat ‘kalau’
aku menang.
Perjuangan pakatan memansuhkan PTPTN bukanlah agenda poltik murahan
pembangkang, atau sebagai satu bentuk hasutan untuk golongan muda khasnya
mahasiswa membenci kerajaan. Orang muda
dan mahasiswa Malaysia sangat matang dalam membuat keputusan yang mana baik dan
sebaliknya. Mereka juga nampak jelas
kemanakah perginya wang rakyat dibelanjakan oleh kerajaan BN selama ini. Adakah untuk rakyat atau untuk insan- insan terpilih
bernama kroni atau untuk perbelanjaan peribadi atau keluarga.
Berhubung dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk menghapuskan kutipan tol,
penulis tidak memberi sokongan seratus
peratus. Penulis faham lebuhraya dan jalan raya yang disediakan kerajaan adalah untuk keperluan rakyat bagi perhubungan dan juga untuk memasarkan produk dan hasil mereka.
Walau bagaimanapun penulis
bersetuju satu penyelesaian terbaik dibuat iaitu bayaran tol yang tinggi tersebut
diubah kepada bayaran setengah bayaran sebagaimana yang dibuat oleh Najib bagi
tol Jalan Cheras. Sekiranya ini
dilakukan, rakyat akan dapat merasakan nikmat pembangunan sebenarnya iaitu rakyat
didahulukan dan bukan rakyat dikenakan.
No comments:
Post a Comment