Tun Mahathir sempat lagi meramalkan bahawa Dato’ Seri Najib
akan memenangi pilihan raya akan datang. Kemenangan tersebut melebihi kemenangan 2008. Jika Najib tidak memenangi lebih kerusi,
kedudukan Najib menjadi tidak setabil.
Sementara itu pula Tun Daim dalam satu kenyataannya yang lepas meramalkan sekiranya
Najib tidak menang dengan pertambahan kerusi, beliau akan di ‘kick out'.
Kenyataan kedua-dua Tun tersebut ada persamaannya,
apa yang jelas ianya satu amaran kepada Najib berhubung nasibnya berdasarkan kepada
keputusan pilihan raya ke-13 yang akan datang.
Seolah-olah mereka sebagai ‘pressure group’ menentukan nasib Najib. Tidak mengapalah itu adalah urusan dalaman parti UMNO.
Tun Mahathir cukup yakin akan kemenangan Barisan Nasional
dalam PRU akan datang. Mungkin Tun Mahathir telah menerima bisikan Najib berhubung
langkah-langkah yang akan ambil untuk memastikan
kemenangan BN bagi mengekalkan Putrajaya. Tidak menghairankan semua orang bahawa Najib beria-ia mempertahankan Putrajaya. Ini
kerana beliau telah mengisytihar “Walau
berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan
saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!” ketika merasmikan perhimpunan agung Umno di
PWTC pada 2011.
Najib pernah meminta ahli-ahli UMNO supaya jangan melaporkan
perkara yang baik-baik kepadanya, perkara buruk disembunyikan. Inilah selalu dipraktikan oleh
pengampu-pengampu berlesen dalam UMNO, kebanyakan yang dilaporkan adalah penyedap
hati. Rakyat sekarang sudah memahami
kedudukan politik semasa lebih-lebih lagi paparan-paparan berhubung kemungkaran UMNO
BN yang menyebabkan rakyat tiada pilihan kecuali menolak UMNO BN. Jangan terkejut orang ramai yang
berbundung-bundung meramaikan majlis UMNO BN tersebut antaranya adalah terdiri
daripada ahli-ahli UMNO talam dua muka yang menggengam jari-jari gatal yang akan digunakan bagi memangkah pakatan Rakyat dan meninggalkan BN. Ini yang Najib takut “lain yang kita cakap
lain pula dia buat”.
Jadi, apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir bahawa Najib atau
BN boleh menang tersebut adalah sebagai penyedap hati sahaja. Dalam keadaan sekarang Mahathir sendiri tidak lepas-lepas dari bibirnya sentiasa
berwirid ‘menanglah UMNO’, menanglah BN’.
Bahasa itu indah.
Masyarakat Melayu kaya dengan mutiara kata dan peribahasa. Seperti tuah
ayam nampak dikaki, tuah manusia?.
Sekali ombak memukul pantai, sekali itulah pantai akan berubah. Kita lihatlah dan tunggulah akan kebenaran ramalan
Tun Mahathir dan Tun Daim tersebut. Hanya Allah
Maha Mengetahui. Amin.
No comments:
Post a Comment