IKLAN

Wednesday, 25 April 2012

Datuk Bandar, Pemandu Teksi Dan Formen

Ping site
Semalam berada di sebuah workshop berbual dengan seorang pemandu teksi yang sedang membaiki teksinya. Kira-kira sepuluh minit berada di situ saya menghampiri pemandunya berbangsa Melayu umur dalam 40 an.  Dari perbualan  dengan pemandu tersebut beliau menyatakan penumpang teksi beliau terdiri daripada berbagai kaum dan peringkat umur.  Penumpang bangsa asing terutama kaum Cina tidak pernah bercerita hal-hal politik tetapi kebanyakan mereka bersetuju perhimpunan  Bersih 3.0 diadakan.  Mereka tahu apa tujuan Bersih diadakan. Mereka tahu mengenai daftar pemilih SPR tidak boleh digunakan untuk satu pilihan raya yang adil. Bagi penumpang Melayu pula tanpa ditanya, mereka akan  mengutuk UMNO BN berdasarkan isu-isu semasa sperti NFC, Kapal Selam dan terbaru skandal menteri dan artis.

Beliau memberitahu bahawa beliau telah membawa teksi sejak 20 tahun yang lalu.  "Saya malas nak ambil tahu pasal politik.  Saya orang UMNO".  Ketika ditanya siapa punya teksi dan permitnya?. "Saya sewa bang, permitnya orang punya". Pemandu teksi tersebut minta diri untuk ke kedai mamak simpang jalan untuk makan tengahari.

Saya kemudian berbual pula dengan formen yang membaiki teksi tersebut.  Saya cukup kenal dengan beliau,  Azman namanya.  "Abang tahu tak, minggu lepas penguatkuasa DBKL datang membuat pemeriksaan, salah seorangnya pegawai muda telah memanggil saya. Dalam perbualan tersebut dia minta saya bayar wang RM200/ secara bulanan jika mahu meneruskan kerja membaiki kenderaan  di kawasan ini".  Beliau berhenti sebentar menghirup 'kopi jantan'.  Saya telah beritahu pegawai tersebut "Macam mana nak bagi kamu RM200/ sebulan, pendapatan aku sehari baru RM50/.  Aku tidur pun dalam kereta.  Nak beri tahu kamu, kakak aku pangkat besar juga kat DBKL, kalau aku mengadu kat dia, tentu kamu akan malu". Saya tanya samada dia setuju beri sebagaimana yang diminta.  "Saya sekolahkan dia bang.  Ini cara kau bagi makan anak bini dan mak bapak kau".  Anggota DBKL itu pun terus berlalu.

Hari ini bawa kereta untuk baiki lampu depan yang malap di sebuah accessories kereta. Ada sebuah teksi baru  sedang dipasangkan sticker gelap. Saya merapati pemandunya seorang anak muda namanya Kamal (bukan nama sebenar). Dari perbualan beliau menyatakan teksi ini baru keluar dua hari.  Beliau bayar deposit RM5,000 kepada koperasi dan RM50/ sehari untuk membolehkan kereta tersebut dikeluarkan di atas namanya.  Permitnya di atas nama koperasi. "Susah bang nak dapatkan permit, kalau kita Tan Sri, Datuk senanglah dapat permit". Saya mengajukan satu soalan cepumas kepadanya "Habis apakah langkah kamu?". Beliau tanpa berselindung menjawab "Satu keluarga saya di Lembah Pantai akan tentukan UMNO BN terbenam dalam pilihan raya akan datang.  Tak ada lain cerita sex, liwat, ketuanan Melayu diulang-ulang hingga kita muak mendengarnya".

Memandang semua cermin teksi tersebut telah siap dipasang sticker gelap, beliau tergesa-gesa untuk pergi. Saya bertanya beliau samada beliau rajin melayari blog-blog di internet.  Beliau kata setiap hari pda waktu malam beliau melayari internet. "Kalau begitu, layarilah blog abang Tanjaktinggi.blogspot.com".  Beliau angguk tanda setuju "Terima Kasih bang, ni nombor saya, Saya akan layari blog abang malam ini".

Itulah tiga cerita dari dua pemandu teksi dan seorang formen.  Pemandu teksi pertama bolehlah diketogorikan sebagai penyokong tegar UMNO kerana keracunan fikiran bertahun-tahun oleh UMNO. Hidupku, matiku kerana UMNO dulu kini dan selama-lamanya. Golongan inilah yang dimomok-momokkan,  jika UMNO tiada bangsa Melayu akan pupus dimuka bumi Malaysia.

Pemandu teksi kedua Kamal adalah seorang anak muda millinium yang kebal dari virus perosak bangsa, berpengetahuan juga bijak membuat keputusan untuk berubah. 

Sementara fenomena yang dihadapi oleh formen Azman tersebut akan berlarutan. Semua peniaga di Kuala Lumpur maklum. Inilah anggota DBKL yang dibangga-bangga oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dan Menterinya.  Datuk Bandar inilah yang akan  menjalankan amanah yang ditauliahkan oleh UMNO kepadanya untuk menghalang Perhimpunan DUDUK BANTAH Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 (Sabtu).

"Kita pun nak kerja juga"  Kenyataan Datuk Bandar dalam langkah menghalang Perhimpunan Bersih 3.0.  

Ada mata pandang, ada telinga dengar.

1 comment:

  1. .. saya nak jumpa tauke, .. encik dari bandaraya ker.... inilah jawapan pekerja carwash... WAH HEBAT BETUL BANDARAYA NI.

    ReplyDelete