IKLAN

Monday, 16 April 2012

Tun Mahathir Kata Anwar Yang Luluskan PTPTN

BlogPingTool.com
Pelbagai pihak terutama blogers membuat kajian dan carian berhubung Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional  (PTPTN) bagaimana permulaan kewujudannya dan sekarang diperjuang oleh Pakatan Rakyat sebagai antara janji untuk memansuhkannya.

Hasil carian didapati bahawa  semakan blogers, PTPTN tersebut diluluskan oleh Anwar Ibrahim semasa beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.   Pada tahun 1997 Anwar telah memangku Jawatan Perdana Menteri selama dua bulan semasa  Tun Mahathir bercuti.

Menurut rekod di Parlimen, rang undang-undang PTPTN tersebut dibentangkan oleh Menteri Pelajaran katika itu Datuk Seri Najib. 

Apabila PTPTN berjalan ianya memang ada kebaikan dari segi membantu pelajar-pelajar  melanjutkan pelajaran. Apa yang diperhatikan kini selepas PTPTN diluluskan pada Julai 1997 hingga kini, PTPTN banyak mendatangkan beban jangka panjang yang terpaksa dihadapi oleh pelajar-pelajar yang apabila menamatkan pelajaran dalam tempoh enam bulan terpaksa menghadapi hutang. Sekiranya mereka bekerja mungkin  sekurang-kurangnya dapat diansurkan, tapi bagaimanakah kepada orang yang masih menganggur.

Datuk Seri Anwar telah membuat pertimbangan yang wajar dalam membawa isu ini diketengahkan seterusnya sebagai satu janji yang akan ditunaikan jika mengambil Putrajaya.  Apa yang dihasratkan ialah  jika PTPTN itu dimansuhkan dan diganti dengan pendidikan percuma ia jauh lebih baik.

Tun Mahathir menuding jari kepada Anwar dengan mengatakan bahawa Anwar lupa bahawa PTPTN tersebut diluluskan olehnya (Anwar). Tidak boleh dinafikan.  Kerana Anwar memangku jawatan Perdana Menteri ketika itu.  

Menurut Mahathir Anwar boleh buat apa yang dia suka ketika ia memangku jawatan Perdana Menteri.  Saya setuju dengan  Mahathir. Anwar melakukan sesuatu perkara yang baik yang kadang-kadang tidak digemari oleh kalangan menteri. Dalam masa yang sama juga semasa ketiadaan Mahathir, Anwar telah membentangkan rang undang-undang Akta Pencegah Rasuah 1997 dan seterusnya menjadi satu Akta untuk Badan Pencegah Rasuah berfungsi. Semasa rang undang-undang BPR dibentangkan amat merisaukan para menteri. Akta BPR tersebut kini telah digantikan dengan Akta No. 694 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sesuatu perkara yang difikirkan baik permulaanya selepas terlaksana terdapat kesan-kesan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat terutama pelajar harus difikirkan semula samada untuk memperbaiki atau memindanya atau dimansuhkan terus.  Inilah yang mahu dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tepati atau tidak menepati janji tidak dapat dilihat sekarang. Caranya beri peluang kepada beliau membuktikan bahawa itulah langkah-langkah yang harus diambil untuk kebaikan dan  demi kesejahteraan rakyat. Tunggu.

No comments:

Post a Comment