Ping Blog
Tindakan parti PAS mengedarkan akhbar Harakah berjumlah 1,000 hingga ke 1,500 secara
percuma dari rumah ke rumah setiap
minggu di kuarters kerajaan di Putrajaya
adalah satu langkah yang harus dipuji. Terutama kepada Ketua Penerangan
PAS Putrajaya, Uzir Abdullah dan rakan-rakan.
Langkah yang diambil ini adalah
tepat pada masanya sebagai usaha member maklumat tambahan yang terkini mengenai perkembangan
politik negara yang bukan sahaja disembunyikan
tetapi dijadikan sebagai loji memproses fitnah oleh media-media dokongan UMNO dan BN. Insya Allah
dengan adanya pengedaran Harakah ini dapat mengimbangi perkara tersebut. Usaha penat jerih yang dilalui oleh PAS Putrajaya amat berbaloi.
Kita harus faham, premis Putrajaya adalah dikhaskan sebagai
kuarters anggota perkhidmatan awam yang bekerja di Putrajaya. Ketika di pejabat mereka dibekalkan dan dihidangkan dengan
akhbar-akhbar pembius dan pembeku minda. Di rumah pula mereka menonton TV Fitnah. Pada
awal minggu pertama setiap bulan mereka diarah berhimpun di Dataran Perdana bagi
mendengar kelentong Dato’ Seri Najib
dengan tiupan serulingnya.
Teringat pula penulis semasa tinggal di Putrajaya selepas
sahaja keputusan Pilihan Raya Ke-12 (2008) yang dimenangi oleh Tengku Adnan dari Barisan Nasional. Penulis ada bertanya rakan-rakan kenapa
Tengku Adnan menang. Ada yang menjawab terpaksa buat pilihan takut nanti kena
keluar kuarters. AllahuAkbar. Inilah sikap yang terdapat di antara mereka, otak yang telah dibekukan dan telah dibius.
Usaha yang dibuat oleh PAS tersebut rupa-rupanya menimbulkan
kurang senang di kalangan UMNO Putrajaya dan ini sangat berkesan sebagai impak
perang saikologi. Bijak. Ini dapat
dilihat dari tindakan yang berkobar-kobar UMNO Putrajaya memprotes tindakan PAS. Mereka mengadakan acara
untuk membakar akhbar Harakah pada 5
April 2012 jam 1 ptg di Medan Selera, Pricint 8, Putrajaya. Jemputan-jemputan
ke acara tersebut dihebahkan melalui SMS.
"Penduduk Putrajaya akan membakar surat khabar Harakah
sebagai tanda protes terhadap pihak PAS yang mengedar dan menggangu
kententeraman penduduk di Putrajaya”. Inilah kenyataan bodoh UMNO
Putrajaya. Mana mungkin sekadar
mengedarkan akhbar boleh mengganggu ketenteraman penduduk.
Adakah edaran yang dibuat memerlukan tandatangan penghuni atau pengedar mengetuk
pintu penghuni menyerahkan akhbar tersebut. Kenyataan tersebut tidak bijak. Mereka menggunakan nama penduduk dan bukan UMNO
untuk membakar Harakah.
Apabila sampai pada hari yang dijanjikan tidak nampak pula asap pembakaran Harakah
tersebut. Walau bagaimanapun Harakah
tidak hangus cuma dikoyak-koyakkan sahaja (lihat gambar).
Dalam keadaan cuaca
yang tidak menentu dan hampir setiap hari hujan dan sejuk, tidak juga memberi kesejukan dan
selesa di kalangan UMNO Putrajaya. Pada UMNO Putrajaya, usaha PAS tersebut harus dihalang. Kita minta UMNO teruskanlah usaha mengoyak akhbar Harakah. Usaha tersebut ternampak jelas pihak UMNO Putrajaya takut kerana bayang-bayang
sendiri.
Sebenarnya jika tidak diberi percuma sekali pun akhbar
Harakah tetap menjadi pilihan rakyat termasuklah anggota-anggota kerajaan tidak kira di Putrajaya atau di
lain-lain tempat. Pernah penulis
bersembang dengan salah seorang orang
kuat UMNO di Ibu pejabat UMNO berhubung dengan akhbar Harakah, beliau antara lain menyatakan
orang kampong sudah bijak, kalau diletakkan Utusan, Berita Harian dan Harakah pada satu
hari yang sama di rak yang sama, Harakah akan dulu habis dibeli. Beliau juga menyatakan tidak selesa jika Najib umumkan
pilihan raya pada tahun ini. Mampus katanya.
No comments:
Post a Comment